Monday, May 26, 2008

Perjalanan

Lebih kurang jam 7 petang semalam baru dapat bertolak dari Putrajaya ke kampung di Kota Bharu, Kelantan. Cuti sekolah, saya yang 'tak bersekolah ni pun kena bercuti juga. Mengingatkan pentingnya dan sukanya anak-anak dapat pulang ke kampung halaman, walaupun kepenatan saya gagahkan juga. Perjalanan lancar seperti biasa. Lori-lori menemani sepanjang perjalanan. Ubaid yang berusia 2 tahun, memang sentiasa teruja dengan lori-lori ni. Satu demi satu dihitungnya.

"Loyii.. Loyii.. Loyi ecarnya.. Teta loyi!", tempiknya bila lihat lori yang bawa banyak kereta perodua. Bersusun--susun.

Kami sampai di Merapoh lebih kurang pada jam 12 tengah malam. Hak perut perlu ditunaikan. Berhenti di satu warong di tepi jalan. Menu rezeki yang Allah izinkan malam ni ialah nasi putih, gulai ikan kering kerongan (cencaru), ikan tamban masin dan sedikit sayur. Maha Besar Allah, daripada benda-benda yang 'tak sedap, bila dimasak dan dimakan bersama, Allah bagi jadi sedap.

Meneruskan perjalanan, kami sampai di Gua Musang jam 1 pagi. Kami terus ke Fully Inn, memang selalunya kami menginap di sana. Sampai di Fully Inn, dimaklumkan semua bilik 'dah penuh.

"Ha 'tu lah... Yakin sangat dengan makhluk. Lupa 'nak minta dengan Allah dulu. Oh Allah! Permudahkanlah urusan kami!", kata hati saya.

Kami menuju ke Kesedar Inn pula. Sama juga. Bilik 'dah penuh.

"Aik.. Apa 'dah jadi kat Gua Musang 'ni?", getus hati saya. "Ya Allah, bantulah kami!"

Kami cuba telefon Hotel Usaha pula. Hotel Usaha 'ni juga salah satu yang biasa kami menginap. Cuma masalahnya, hotel 'ni 'tak ada lif. Itu yang prioritynya jatuh sikit. Mula-mula dimaklumkan, bilik semua penuh.

"Ya Allah! Ya Allah!", hati saya bertawajuh. "Ya Allah, Kau kuasa. Makhluk 'tak ada kuasa."

Baru saya 'nak bagi salam. Tiba-tiba terdengar pertanyaan, "Encik berapa orang?"

"Kami satu keluarga." Jawab saya.

"Kami ada satu bilik yang RM100. Boleh ke?" Tawar hotel.

"Alhamdulillah! Oh Allah, maha benar, Engkau lah tempat bergantung segala sesuatu!"

"OK, saya ambillah bilik 'tu!", segera saya bersetuju.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat akhirnya kami bermalam.

Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan lagi... Ada lebih kurang 200KM lagi di hadapan kami.. Semoga perjalanan kami ini adalah perjalanan yang dapat menghidupkan hati kami.

Bukankah Allah SWT telah berfirman:

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, agar (melalui perjalanan itu)mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami; atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada!"(Surah Al-Hajj 22:46)

Saturday, May 24, 2008

Batu Puteh hak Singapura

Daripada Khirul Bahri Basaruddin di The Haque, Belanda
Sumber:
http://www.bharian.com.my 24/5/2008

Penghakiman setebal 81 halaman putuskan Batuan Tengah milik Malaysia
THE HAQUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.

Bagaimanapun, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Penghakiman setebal 81 halaman itu yang dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, selama kira-kira sejam 45 minit mulai 10 pagi itu, (4 petang waktu Malaysia), menamatkan pertikaian lebih 28 tahun oleh kedua-dua negara ke atas muka bumi itu.

Dalam keputusan berhubung Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, 12 hakim memihak kepada Singapura manakala empat Malaysia, Batuan Tengah (15-1). Bagi Tubir Selatan ICJ mengundi 15-1, ia hak negara yang memiliki perairannya.

Mereka mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.

Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.

Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu, menyifatkan keputusan berkenaan sebagai menang-menang kerana Singapura tidak memperoleh semua yang dituntut, sebaliknya Malaysia diberi hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kedua-dua negara bagi mengkaji hasil keputusan itu akan memulakan segera mesyuarat untuk mencari kaedah penyelesaian kedudukan Tubir Selatan, yang tidak diputuskan pemiliknya dalam penghakiman berkenaan.

ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh pada 6 November 2007. Dokumen ratifikasi perjanjian khas untuk memeterai persetujuan kedua-dua negara membawa dan menerima sebarang keputusan ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 6 Februari 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ini kali kedua ICJ membuat keputusan berhubung tuntutan wilayah bertindih membabitkan Malaysia. Pada Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di pantai Sabah, yang turut dituntut Indonesia.

Dalam menolak tuntutan Singapura ke atas Batuan Tengah, Awn Shawkat berkata, 15 hakim mendapati hak milik asal Batuan Tengah perlu dikekal kepada Malaysia sebagai pengganti Kesultanan Johor.

Beliau berkata, mahkamah tidak menerima tuntutan Singapura berhubung negara yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sekali gus mempunyai hak yang sama ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Berhubung Pulau Batu Puteh, mahkamah menerima hujah Malaysia bahawa Kesultanan Johor mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 dan melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor hak itu diserahkan kepada kerajaan British Singapura pada 1953.

"Mahkamah memutuskan Kesultanan Johor mempunyai hak milik asal ke atas Pulau Batu Puteh dan hak itu disokong serta disahkan melalui tindakan Sultan Johor mengambil tindakan ke atas Orang Laut yang tinggal di kepulauan di Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh serta menjadi kawasan marin itu tempat penginapan mereka," katanya.

Katanya, hak kedaulatan pulau berkenaan terus berada di bawah Kesultanan Johor melalui perjanjian British-Belanda 1824, Triti Crawfurd 1824 dan apabila Sultan Johor bersetuju menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur (EIC).

Mengenai kedudukan perundangan ke atas pulau itu selepas 1840, Awn Shawkat berkata, mahkamah menimbang fakta yang berkaitan, terutama mengenai kegiatan atau tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam tempoh itu.

"Kami meneliti kejadian yang berlaku dalam tempoh itu seperti proses pembinaan rumah api dan kegiatan yang berlaku pada 1852-1952, iaitu pengenalan peraturan mengenai rumah api serta sistem lampu selat, perkembangan perlembagaan Malaysia dan Singapura serta peraturan perikanan Johor pada 1860 tetapi semuanya tidak dapat membantu memuktamadkan kes di depan mahkamah ini.

"Bagaimanapun, mahkamah mengambil kira surat Penolong Setiausaha Kerajaan Johor dan mentafsirkan sebagai satu yang amat penting untuk menentukan persefahaman perkembangan kedua-dua pihak berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.

"Justeru mahkamah mendapati surat jawapan Johor itu menunjukkan sejak 1953 lagi negeri itu sedar ia tidak lagi mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan," katanya.

Awn Shawkat berkata, mahkamah akhirnya meneliti tindakan atau kegiatan yang dilakukan kedua-dua pihak selepas 1953 dan membuat kesimpulan tindakan tertentu seperti penyiasatan Singapura berhubung kapal karam dalam perairannya, permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di perairan pulau itu, sebagai tindak-tanduk melaksanakan hak kedaulatan.

Selain itu, katanya, mahkamah menimbang tindakan pihak lain yang menyokong tuntutan Singapura seperti tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan bendera di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977, cadangan kerja penambakan laut, penerbitan tertentu serta peta.

Berdasarkan fakta itu, katanya, mahkamah memutuskan bahawa Singapura sudah mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980, iaitu tarikh pertikaian kes itu bermula.

---tamat petikan---

Demikianlah hukum yang telah dikhabarkan. Akhirnya, secebis lagi tanah warisan kesultanan Johor yang merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu, terlepas dan dilepaskan kedaulatannya kepada Pulau Kota Singa. Khabar yang diterima dengan hati yang amat berat. Benarlah, merupakan satu fitrah, untuk cintakan watan.

Menyebut tentang watan, saya teringat sebuah kitab kecil yang berjudul 'Syauqi Watan' (Merindui Watan) yang disusun oleh Hadrat Al-'Allamah Maulana Asyraf Ali Thanwi. Buku ini ditulis khusus bagi kaum muslimin menghadapi musibah dunia. Hadrat Maulana telah membawakan hadis-hadis Hadrat Rasulullah SAW, menceritakan tentang apa itu sebenarnya hakikat musibah dan ujian dalam kehidupan dunia ini. Seterusnya Maulana menarik perhatian kepada hadis-hadis tentang hari dan kampung Akhirat. Inilah hari-hari yang pasti kita akan tiba kepadanya.

Kampung Akhiratlah watan kita yang hakiki. Watan kita yang sejati. Sejauhmana kita benar-benar cintakan watan hakiki ini? Sejauhmana kita telah bela dan pertahankan kedaulatan dan kemuliaannya? Sejauhmanakah kita telah menghabiskan seluruh kudrat dan himmah kita untuk membangunkan watan kita ini?

Daripada Zar'ah ibn Abdillah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Manusia itu mencintai kehidupan, sedangkan maut itu terlebih baik baginya."
(Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi, sebagaimana dalam kitab Syarhus-Sudur).
Oh Allah... Dimanakah kami ini sebenarnya di sisi sabda Nabi-Mu (SAW) ini???

Wednesday, May 21, 2008

Satu pagi di tepi tasik Putrajaya...

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada 19 Mei 2008 yang lalu saya dapat bersama-sama dengan para ikhwah dan akhawat daripada Portal Ukhwah.Com yang mengadakan Liqa’ mereka sempena 5 Tahun penubuhan mereka. Saya yang faqir ini diberi kesempatan untuk mengisi slot tazkirah. Sudah tentu tazkirah tersebut adalah khusus untuk diri saya yang faqir.
Terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian Ukhwah.Com menghulurkan jemputan ini.

Merupakan satu kesyukuran yang besar, dapat bertemu dan bersua muka dengan wajah-wajah mukhlisin dan penuh semangat. Peserta yang mencecah 40 orang ini datang daripada tempat yang pelbagai. Semoga Allah terima pertemuan ini sebagai sumber kemuliaan di sisi-Nya. Semoga Allah mengampunkan sebarang salah dan khilaf kami, dan seterusnya dapat berlemah-lembut dengan segala kekurangan kami. Semoga majlis tazkirah yang berlangsung akan mengingatkan kami hala tuju sebenar seorang bani Adam, khalifah Allah dan ummahnya Rasulullah SAW.

Oh Allah! Fahamkanlah kami apakah itu yang dikatakan sebagai ‘ummah’ ; dan fahamkan juga kami apakah tugas sebenar kami sebagai ‘ummah’!!!

Allahumma aamin, thumma aamin, thumma aamin!

Tuesday, May 20, 2008

Ya Allah, muliakanlah kami...

Bismillahir-Rahmanir-Rahiim.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat-Mu meliputi segala sesuatu. Ya Hayyu Ya Qayyum. Engkaulah yang mengeluarkan benda yang hidup daripada benda yang mati, benda yang mati dari benda yang hidup. Segalanya datang dan wujud hanya dari Kudrat-Mu. Ya Allah, Ilmu-Mu meliputi segala sesuatu. Tidak tersembunyi walau satu zarah daripada Penglihatan-Mu. Tidak tersembunyi walau sebiji pasir daripada Pengetahuan-Mu. Segalanya bergantung kepada-Mu, sesungguhnya Engkaulah As-Somad, tempat tumpuan segala makhluk. Tidak ada satu makhluk pun yang terlepas daripada pentadbiran-Mu.

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu untuk nikmat kehidupan yang masih Engkau izinkan ini. Sesungguhnya, berpagi aku pada hari , dan berpagi seluruh buana pada hari ini, hanya untuk-Mu Tuhan Seru Sekalian Alam. Ya Allah, bersama nikmat kehidupan yang Engkau pinjamkan ini, limpahilah aku dengan hidayah dan taufik-Mu. Bimbinglah aku untuk mengharungi baki-baki umur ini, dengan penuh taat dan cinta kepada-Mu. O Allah, demi cinta-Mu kepada kekasih-Mu, junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., ampunilah segala dosa-dosaku. Janganlah binasakan aku dengan murka-Mu. Ya Allah, jika Kau timpakan kemurkaan-Mu, siapa lagi yang dapat melepaskannya? Maka ya Allah, berbelas kasihan kepadaku, hamba-Mu yang hina ini, baik dalam kehidupan duniaku yang singkat ini, lebih-lebih lagi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Wahai Allah, bantulah aku mencapai Cinta-Mu, mencapai Redha-Mu. Kosongkanlah hati ini, selain daripada-Mu. Penuhkanlah hati ini dengan Kebesaran dan keagungan-Mu. Penuhkanlah hati ini dengan kecintaan kepada Rasul-Mu, Muhammad s.a.w. Ya Allah, pandanganlah aku dan umat hari ini dengan pandangan belas-Mu. Ya Allah, muliakanlah kami dengan kemuliaan hakiki; sebagaimana kemuliaan yang telah Kau berikan kepada para Sahabat dan salafus-soleh yang dulu. Ya Allah, satukanlah hati-hati umat ini. Jadikanlah hati-hati kami menjadi satu, saling menyayangi dan memuliakan antara satu sama lain. hancur dan cabutlah daripada hati kami faham kepuakan, kekabilahan, kepartian, kenegaraan; jadikanlah hati kami bersatu di bawah faham keumatan. Ya Allah, bantulah umat ini, umat kekasih-Mu. Umat yang telah ditebus dengan darah dan pengorbanan oleh kekasih-Mu dan para Sahabat baginda. Ya Allah, muliakanlah kami kembali dengan agama-Mu ini. Ya Allah, dengarlah jeritan hati ini, Ya Allah segerakanlah bantuan-Mu.

Wahai Allah, jika Engkau tidak lagi mahu mengendahkan kami; maka Tuhan mana lagi yang dapat kami seru? Ya Allah, bantulah kami, mencukupi bagi kami Allah sebagai Wakil, Dia-lah sebaik-baik Maula, lagi sebaik-baik Penolong.

Amin.

Tuesday, May 13, 2008

Limau Bali, tapi di Ipoh…

Hari ini ialah hari kedua berada di Ipoh. Sebenarnya berada di Ipoh ‘ni kerana KMK Jawhari An-Najwa melakukan Lawatan Kerja ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak dalam rangka mempelajari pengalaman dan petua daripada kumpulan KMK mereka. Di samping melakukan lawatan itu, kami juga mengadakan bengkel selama 3 hari bagi menyempurnakan persembahan projek yang dibangunkan.
Malam tadi, Izwin dan Nor datang ziarah saya di hotel ‘ni. Bersama mereka juga, seorang insan yang istimewa iaitu Imtiyaz, buah hati mereka yang genap berumur 5 bulan semalam. Alhamdulillah, berjumpa juga dengan mereka. Izwin dan Nor ‘ni kawan lama saya dan isteri. Sekarang masih setia bertugas di Ipoh ‘ni.
Tengahari nanti saya akan ke pulang kerana esoknya kena ke Port Dickson untuk bengkel Audit Dalaman ISO pula. KMK dan ISO walaupun memberikan penekanan dan pendekatan yang berbeza, namun begitu, adalah jelas kedua-duanya merujuk tentang satu mauduk yang sama iaitu kualiti.

ISO menekankan kualiti dari segi keselarasan di antara apa yang dirancang dan digariskan dengan pelaksanaannya; dan juga vice-versa. Manakala KMK pula memfokuskan kepada sikap sentiasa berfikir untuk penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Bagi saya pula, Izwin dan Nor adalah contoh keikhlasan dalam persahabatan. Keikhlasan ini sudah tentu merupakan kualiti terpenting dalam persahabatan.

Imtiyaz

Menyentuh dan ‘dah tersentuh mengenai kualiti ini, tiba-tiba saya teringat kepada dua firman Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman (mafhumnya):

“Berjayalah orang-orang yang beriman! (Iaitu) mereka yang di dalam solat mereka merupakan orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Mukminun : 1-2)

Dan firman Allah S.W.T. (mafhumnya):

“Celakalah bagi orang-orang yang bersolat, iaitu mereka yang lalai berkenaan solat mereka!” (Surah Al-Maa'un : 4-5)

Jika kita lihat kedua-dua firman ini menyentuh subjek yang sama, iaitu solat. Bagaimanapun natijah yang disebutkan adalah berlainan. Satu dihubungkan dengan kejayaan, manakala satu lagi dihubungkan dengan kecelakaan atau kegagalan.

Kenapa?

Tidak lain dan tidak bukan, sebagaimana yang dinyatakan secara telus oleh Allah S.W.T. di sini, diikat dengan kualiti solat seseorang itu sendiri. Solat tetap solat, tetapi mempunyai kualiti yang berbeza. Kualiti yang berbeza, memberikan natijah yang berbeza. Inilah konsep kualiti yang diterapkan oleh Allah S.W.T. melalui syariat-Nya kepada setiap Muslim. Sekiranya kita benar-benar menghayati ajaran Al-Quran ini, kita umat Islam sepatutnya menjadi individu-individu yang paling berkualiti.

Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa perumpaan solat di dalam agama seperti kedudukan kepala kepada badan. Jika demikian, sebagaimana kita dituntut untuk berkualiti di dalam solat, maka demikian juga kita dituntut untuk berkualiti di dalam setiap juzuk hidup kita.

Apa ukuran bagi menentukan berkualiti atau tidak sesuatu urusan itu?

Ukuran tersebut, tidak lain dan tidak bukan ialah, menepati seluruh perintah Allah S.W.T., sebagaimana tunjuk ajar Rasulullah S.A.W.

Semoga taufik Allah S.W.T. sentiasa bersama kita!

Saturday, May 10, 2008

Siapa lagi yang kami ada...

Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim

Ya Allah, aku memuji-Mu dengan pujian yang selayaknya dengan segala Keagungan dan Kehebatan-Mu.

O Allah, Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhan Sarwa Sekalian Alam. Maha Pengasih Engkau ya Allah, Maha Penyayang Engkau ya Allah! Kasih sayang Mu melaut luas, maghfirat-Mu melangit tinggi.

Demi rahmat-Mu yang meliputi segala ciptaan-Mu, aku menadahkan tangan dan menghadap akan hati ini kepada Mu; dengan penuh harapan kepada Mu. Sudikanlah kiranya, memandang kepada aku hamba-Mu yang hina ini, dengan pandangan Tuhan Yang Maha Rahman, dan berbelas-kasihanlah kepada ku.

Ya Allah, selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Hadrat Habibika Muhammad, Penghulu sekalian Rasul, Penutup sekalian Nabi. Demikian juga buat keluarga baginda, dan para Sahabat sekaliannya. Ya Allah, demi kemuliaan baginda, berbelas kasihanlah kepada kami, umat hujung akhir zaman baginda. Ya Allah, demi kasih sayang baginda kepada kami; sampaikanlah salam rindu kami kepada baginda. Salam dari seorang umat yang amat kecil lagi hina, tetapi amat rindu kepada baginda. O Allah, hanya Engkau yang tahu, apa yang ada di dalam hati ku ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum, demi cahaya Wajah-Mu yang menyinari segala sesuatu, sinarlah hati ku ini dengan limpahan taufik dan hidayah-Mu, agar aku senantiasa sedar dan merasa kehadiran-Mu, kebesaran-Mu, kehebatan-Mu dan betapa bergantungnya aku kepada-Mu. Janganlah Engkau biarkan hati ini lalai dari mengingati-Mu.

Ya Allah, hidupkanlah hati ini; jangan Kau matikannya. Kau tetapkanlah hati ini di atas kalimah-Mu, terutama pada hari yang akan berbolak-balik pandangan dan hati-hati manusia; hari Akhirat yang pasti akan aku tempuhi. Ya Allah, betapa banyak hajat-hajat hamba-Mu yang fakir ini, baik hajat dunia ataupun akhirat, namun ya Allah, yang paling penting ya Allah, Engkau kekalkanlah aku atas hidayat-mu, sehingga Engkau redha kepada ku.

Ya Allah, kasihanilah sama umat ini. Kami umat kekasih-Mu ya Allah, umat yang ditangisi oleh Rasul-Mu dulu ya Allah. Kami umat akhir zaman ya Allah. Kesianlah kepada kami. Jangan Kau biarkan kami sendirian. Jangan Kau biarkan kami tanpa pembelaan-Mu ya Allah. Jagalah kami, sebagaimana penjagaan terhadap bayi yang dilahirkan.

Ya Allah, umat sedang menderita ya Allah. Penderitaan rohani dan jasmani. Kerana kerosakan rohani kami, kami kini bagai buih di laut, bagai hidangan yang sedia diterkam.

Ya Allah, ampunkanlah segala salah silap kami. Kami umat kekasih-Mu ya Allah, demi Jah kekasih-Mu ya Allah, ampunilah kami. Janganlah Kau rotan kami lagi ya Allah. Kesian kami ya Allah. Hanya Engkau sahajalah harapan kami. Kalau Kau palingkan diri daripada kami, siapa lagi yang kami nak panggil ya Allah.

Ya Allah! Ya Allah! Pandang kami dengan kasih dan keampunan-Mu ya Allah!

Siapa lagi yang kami ada selain-Mu, ya Allah?

Bantulah umat ini...

Tuesday, May 6, 2008

Cerita Hijrah Ini Pasti Tidak Akan Berakhir

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.

Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.

Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.

Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.

Sumber: siasahdaily.blogspot.com

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah!

Alangkah dicemburui nikmat hidayah ini!

Berita sebegini amat menarik perhatian saya. Bukan berkenaan artis itu yang penting, tetapi apabila seseorang hamba Allah mendapat kemanisan taufik untuk melangkah lebih hampir kepada Allah Taala.

Hidup ini merupakan satu perjalanan yang panjang - tetapi boleh berakhir bila-bila masa -dalam kembara kita mencapai redha Allah dan kejayaan ditempatkan di dalam syurga Allah. Maka perkara yang maha penting ialah Hidayah.

Sama ada kita sedar atau tidak, hidayah merupakan satu-satunya perkara yang WAJIB kita bermohon kepada Allah. Semua orang yang beriman, wajib memohon hidayah ini. Iaitu semasa kita solat, kita wajib bermohon, "Ihdinas-sirootal-mustaqim!" (Hidayatillah kami jalan yang lurus!). Tidak ada orang yang boleh skip daripada memohon hidayah. 17 kali paling minimum dalam sehari semalam. 119 kali dalam seminggu. 6,120 kali dalam setahun!

6,120 kali ini adalah yang paling minimum, dan wajib! Belum termasuk untuk solat-solat sunat. Jika tarawih 20 rakaat selama sebulan ditambahkan, ia boleh berjumlah 6,720 kali dalam setahun.

Siapa yang perlu berdoa memohon hidayah ini sehingga 6,120 kali ini? Doa ini bukan sahaja wajib dipanjatkan oleh orang-orang yang banyak dosa macam kita ini, bahkan Rasulullah SAW sendiri bermoh0n "Ihdinas-sirootal-mustaqim" sebanyak sepaling kurang pun 17 kali sehari. Jika ditambah dengan solat tahajud, witir, awabin, rawatib dan dhuha Rasulullah SAW, sudah tentu jumlahnya berganda-ganda jadinya.

Mengambil contoh Imam Ahmad Ibnu Hanbal, beliau biasa bersolat sunat setiap hari sebanyak 300 rakaat. Setelah tua dan uzur, beliau hanya mampu bersolat sunat 150 rakaat sahaja. Ini bermakna, bagi insan sehebat Imam Ahmad pun, paling kurang beliau berdoa memohon hidayah adalah sebanyak 150 + 17 = 167 kali sehari semalam.

Ini hanya kiraan angka, sekadar menunjukkan betapa doa memohon hidayah itu begitu dipentingkan oleh Allah, sekaligus menunjukkan betapa hidayah merupakan perkara yang paling mahal dan terpenting untuk seorang insan!

Disebabkan hidayah, sekelip mata, seorang kafir boleh mati sebagai wali-wali Allah! Disebabkan tercabut hidayah, seorang wali boleh mati sebagai seorang yang kufur dengan Allah!

Fikirkanlah...

Monday, May 5, 2008

Perginya Allahyarham Tan Sri Nasimuddin

Sejak beberapa hari ini, media menyorot pemergian seorang tokoh korporat automotif negara, Allahyarham Tan Sri Nasimuddin, yang meninggal dunia asbab kanser paru-paru.
Semalam, ialah hari pengkebumian Allahyarham setelah menempuh perjalanan yang panjang di bawa pulang daripada Los Angeles ke tanahair.
Berikut ialah liputan akhbar Berita Harian (5/5/08):

SEMOGA DIRAHMATI: Orang ramai yang hadir untuk sembahyang jenazah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta diimamkan guru agama warga Iraq dan kenalan Allahyarham, Sheikh Afeefudin Al Gaylani.

PENGHORMATAN TERAKHIR: Puan Sri Zaleha Ismail menyiram air mawar ke pusara suaminya sambil diperhatikan SM Faisal Nasimuddin (kiri), SM Nasarudin Nasimuddin (dua dari kiri), Emilia Hanifi (menantu - tiga dari kanan) Nur Nadia Nasimuddin (dua dari kanan) dan Nur Diana Nasimuddin (kanan) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Hulu Langat, semalam.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, SM Faizal SM Nasimuddin, berkata bapanya sempat berpesan dan mengamanahkan keluarga untuk meneruskan perjuangannya dalam dunia korporat dan berbakti kepada seluruh insan. Faizal berkata, keluarga besar Naza yang merangkumi lebih 4,800 kakitangan komited untuk meneruskan perjuangan Allahyarham. "Kami daripada setiap kakitangan hinggalah pengurusan tertinggi mesti menanamkan iltizam dan memikul tanggungjawab untuk memastikan legasi Naza diteruskan," katanya.
Faizal berkata, bapanya juga berpesan supaya beliau menjaga ahli keluarga dan Kumpulan Naza kerana ia adalah juga sebahagian keluarganya. "Ayah selalu berpesan, apa yang dibuat mestilah memberi manfaat dan memberi sumbangan kepada orang ramai kerana itulah yang beliau percaya selama ini. Beliau membuat segalanya untuk orang ramai.
"Ayah juga berpesan supaya langkah dilaksanakan untuk memastikan orang Melayu sentiasa mendapat peluang untuk memperbaiki diri mereka dan ayah sudah memainkan peranannya untuk merealisasikan wawasan itu," katanya sambil menambah Kumpulan Naza komited untuk meneruskan usaha itu.
Mengulas perasaan ahli keluarga mengenai kehilangan ayahnya, Faizal berkata, sudah tentulah ia sangat menyedihkan, tetapi kehidupan mesti diteruskan dengan menyandarkan kepada apa yang sudah disumbangkan Allahyarham sebagai tunjang kekuatan.
"Bagi kami, ayah sebagai warga korporat, sudah banyak menabur bakti kepada syarikat dan negara... beliau adalah bapa kepada dunia automotif baru. Kami sekeluarga akan meneruskan apa yang sudah dimulakannya. Masih banyak yang perlu dilakukan," katanya.
---tamat---
Sudah tentu kita mendoakan agar roh Allahyarham dimasukkan dalam golongan para solehin. Selain kesedihan, apa yang lebih perlu kita tanyakan, sejauhmana kita mengambil iktibar daripada pemergian ini?
Saya tertarik dengan pesanan-pesanan Allahyarham kepada anaknya seperti yang dilaporkan.
Pesanan ini menunjukkan betapa besarnya impian Allahyarham untuk umat. Semoga Allah terima fikir dan kerisauan Allahyarham dan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.
Seyogia, kita semua merenungi keadaan diri kita. Apakah sumbangan yang boleh kita lakukan untuk umat? Agar walau setelah kematian kita, pahala dan ganjarannya akan terus mengalir. Seterusnya membawa kita kepada keredhaan Allah Taala.
Renungkanlah?

Saturday, May 3, 2008

Nasyid...

Sabtu hujung minggu saya kali ini nampaknya dihabiskan dengan menemani Uwais ke Pertandingan Festival Nasyid Peringkat Sekolah-Sekolah WP Putrajaya. Uwais terpilih sebagai ahli nasyid yang mewakili SK Putrajaya Presint 9(1). Kalau tahun lepas, 'Umair, kali ini giliran adiknya Uwais pula.

Tahun lepas, abangnya 'Umair dan pasukan nasyidnya berjaya menjadi Johan (Kategori Sekolah Rendah) peringkat Putrajaya, seterusnya mewakili Putrajaya ke peringkat kebangsaan. Kali ini, Uwais dan rakan-rakannya pula yang mencuba nasib. acara diadakan di SK Putrajaya Presint 8(2).

Sebanyak lapan sekolah rendah mengambil bahagian tahun ini. Acara nasyid bermula dengan sekolah Uwais yang memulakan sayembara.

Uwais sedang beraksi.

"Ok lah.. Dari segi persembahan, kira ok 'dah!", komen saya. Dari segi suara payah juga nak komen, kerana Uwais bukan jadi vokalis. 'Umair dulu vokalis.

Para hakim, nampaknya yang betul-betul berwibawa. Semuanya profesional. Diketuai oleh Ustaz Asri Rabbani. Ada tiga orang semuanya, mewakili bahagian persembahan, suara dan lagu.

Para hakim profesional

Menjelang tengahari, saat keputusan diumumkan. Dimulai dengan ulasan ketua hakim, Ustaz Asri Rabbani. Setelah memberikan komen-komen membina, Ustaz Asri juga memberikan beberapa tips dan petua mengenai suara, lagu dan persembahan nasyid. Akhirnya... Setelah keputusan beberapa kategori diumumkan, tibalah saatnya.....

"Tempat kedua, dimenangi oleh Kumpulan Insof dari SK Putrajaya Presint 9(1)!!", pengacara mengumumkan.

Alhamdulillah, Uwais dan kawan-kawannya, berjaya menjadi Naib Johan.

"Johan jugak, cuma turun satu langkah je..!", demikianlah ulasan Uwais.

Wakil Insof sedang menerima hadiah

Mengimbau pertandingan nasyid ini, saya terfikirkan apa yang dikatakan sebagai aliran nasyid negara. Sememangnya tidak dapat dinafikan, genre nasyid semakin berkembang dan diterima ramai.

Walau bagaimanapun, saya melihat garis pemisahan antara irama nasyid dan juga lagu-lagu pop semakin nipis. Jika dulu, irama nasyid mempunyai identitinya sendiri - sama ada muzik, melodi, lirik dan persembahannya - namun sekarang rasanya sudah semakin susah untuk dibezakan.

Ini terjadi, mungkin kerana definisi nasyid itu sendiri. Sekiranya kita menerima, bahawa nasyid itu bukan pada rentaknya, tetapi lirik dan mesej yang ingin disampaikan, maka saya berani mengatakan begitu banyak lagu Ramli Sarip, M. Nasir atau Zainal Hijau - sekadar memberi beberapa contoh -yang boleh dinobatkan sebagai nasyid.

Jika definisi ini diguna pakai, maka apa pula perlunya diwujudkan apa yang dinamakan penyanyi dan kumpulan nasyid?

Mungkin para munsyid atau nasyeeder boleh melakukan introspeksi dalaman dan dapat menghasilkan satu definisi yang tuntas, apa itu yang dikatakan sebagai nasyid!