Friday, June 27, 2008

Kemuliaan kita...

Hadrat 'Aisyah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada kemuliaan yang manusia berbangga-bangga dengannya. Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah Al-Quran." (dipetik daripada kitab Al-Hilyah)

Cubalah kita renungkan. Kita heningkan hati kita. Dengan lembut dan tulus kita bertanya, "Sejauhmanakah aku menepati sabdaan Rasulullah SAW ini?"

"Adakah aku benar-benar merasa mulia dengan Al-Quran?"

"Jika benar aku merasa mulia dengan Al-Quran, berapa banyak masa yang aku luangkan untuk berdamping dengannya?"

Jawablah dengan penuh tulus daripada lubuk hati kita yang paling dalam!

"Oh Allah! Dimanakah kami ini sebenarnya?"

Saturday, June 21, 2008

Abacus and Mental Arithmetic

Pagi ini, Uwais dan Usaid telah menyertai Pertandingan Sempoa & Aritmetik Mental UC Mas (Bukan Cina) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-12 bertempat di Dewan Besar, Kampus Ibu Kota, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kata guru mereka, "Ini sebagai satu pendedahan dan sumber motivasi untuk mereka."

Peserta kiranya memenuhi dewan, dan terbahagi kepada dua kategori. Kategori yang menggunakan Sempoa @ Abacus dan kategori Mental Arithmetic. Pertandingan hanya mengambil masa selama lapan minit sahaja. Begitu pantas. Melihat kepada peserta-peserta muda menjawab soalan, adalah begitu menakjubkan. 100 soalan untuk hanya lapan minit.

Melihat juga kepada demonstrasi pengiraan Mental Aritmetik juga begitu mengujakan. Hati saya berbisik, "Maha Suci dan Maha Besar Allah yang telah memberikan kepada minda manusia kemampuan yang begitu hebat!"

Kuasa minda ini, adalah bukti nyata betapa benarnya firman Allah SWT bahawa manusia ini telah dipilih untuk menjkadi khalifah Allah di muka bumi ini. Sebagai khalifah, manusia telah dipersiapkan dengan kualiti dan kemampuan untuk melaksanakan tugas dan amanah ini. Terpulang kepada manusialah untuk mencungkil segala kehebatan ini. Dan saya melihat kemampuan manusia merangka dan membangunkan sistem Aritmetik dan juga alat Sempoa ini, adalah satu manifestasi kecil betapa Maha Pemurahnya Allah SWT.

Allah SWT telah melontarkan satu gesaan melalui firman-Nya:

"Dan pada diri kamu sendiri, tidakkah kamu lihat, (renungkan dan perhatikan)!"

Bagaimanapun, walau sehebat mana kemampuan yang diberikan; apa yang lebih penting ialah sejauhmana kehebatan dan kemampuan ini digunakan untuk menyempurnakan maksud dan tujuan manusia itu diciptakan! Setiap orang ada kehebatan dan kelebihan yang tersendiri. Itu pun sudah satu perkara yang hebat. Tapi perkara yang lebih hebat ialah bila seseorang itu mampu menggunakan kelebihan itu bagi memenuhi tujuan dia dijadikan oleh Allah SWT.

Oh Allah... terimalah hidup dan mati kami untuk Mu!

Tuesday, June 17, 2008

Cherating

Alhamdulillah, perjalanan kami daripada Putrajaya ke Cherating menepati jangkaan iaitu selama lebih kurang 4 jam. Rupanya kamilah keluarga yang terakhir sampai. Alhamdulillah, Program Perhimpunan Keluarga kami kali ini disertai oleh kesemua sembilan orang adik beradik saya termasuk keluarga mereka (bagi yang 'dah berkeluarga).

Dua program sebelum ini di Cameron Highland dan A'Famosa Melaka, kami kekurangan seorang adik beradik, kerana berada di Algeria. Alhamdulillah, kali ini semuanya ada. Sudah tentu Ma dan Abah kami amat gembira. Cuma yang tidak ada ialah Umair, anak sulung saya. Umair berada di madrasah beliau, Madrasah Miftahul-Ulum, Caw. Bukit Changgang, Banting.

Satu berita gembira untuk saya, Umair sudahpun menamatkan hafazan Juzuk ke-30 beliau. Inilah hadiah Hari Bapa yang paling berharga untuk saya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Insya Allah, beliau akan memulakan pula hafazan Juzuk ke-29. Mohon sama doakan, agar Allah mudahkan hafazan beliau.

"Oh Allah, atas sifat sebagai seorang bapa yang memikul amanah zuriat ini, ku mohon pada Mu, agar menjadikan seluruh zuriatku hingga hari Kiamat sebagai da'ie agama-Mu, mujahid di jalan-Mu, hafiz kitab-Mu, alim syariat-Mu dan pencinta sunnah Nabi-Mu (SAW)! Oh Allah, walaupun daku ini bapa yang penuh dengan kelemahan, hamba-Mu yang penuh dosa, namun harapanku kepada rahmat-Mu untuk zuriat-zuriatku ini mengatasi Arasy-Mu... Oh Allah, janganlah Kau hampakan hamba-Mu yang faqir ini...!"

Berbalik kepada Program Keluarga kali ini, saya sebagai abang sulung, merasa amat gembira sekali. Gembira, hajat Ma dan Abah melihat kami dapat berkumpul tercapai; gembira melihat adik-adik saya dapat berkasih-sayang; gembira kerana sekali lagi program ini dapat kami adakan.

Seperti biasa, program ini akan diisi dengan acara makan bersama, bermesyuarat hal-ehwal keluarga, mengadakan program untuk anak-anak kami, program sukaneka, program kekeluargaan seperti membina sand casttle etc. Kami menghabiskan tiga hari dua malam yang begitu membahagiakan. Berbincang, bersenda-gurau, makan bersama dsb.

Semoga Allah, terus-menerus menyatukan hati kami dengan kasih-sayang dan taufik hidayah daripada-Nya!

Di hujung program, saya termenung dan hati saya berbisik, "Alangkah indahnya, jika kami juga dapat sebegini di syurga nanti! Oh Allah... Satukanlah kami di syurga-Mu!"

Tiba-tiba saya teringat kepada satu ayat Al-Quran:

"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya di bawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! Maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". " (Az-Zumar 39:73)

Alangkah indahnya jika kami termasuk dalam rombongan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT ini!

Friday, June 13, 2008

Harta...

Allah SWT berfirman (mafhumnya):

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah (apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.
[1]
(Surah Al-Baqarah 2:219)

Di dalam Surah Al-Taubah ayat 111, Allah SWT telah menyatakan satu pengisytiharan yang begitu jelas dan pasti memberi impak yang besar kepada hati dan pemikiran seseorang Mukmin:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh; (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubat: Ayat 111)

Kalimah (اشترى ) yang bermakna ‘telah membeli’, memberikan satu konsep dan senario yang menarik untuk diperkatakan. Apakah makna ‘telah membeli’ di dalam ayat ini?

Al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya mengenai ayat ini menyatakan, “Allah SWT telah memaklumkan bahawa Dia telah menukarkan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman berkenaan diri dan harta mereka apabila dibelanjakan pada jalan-Nya dengan (ganjaran) syurga, dan ini semua semata-mata daripada limpah kurnia-Nya, kemuliaan-Nya dan ihsan daripada-Nya; sesungguhnya Allah SWT telah menerima penggantian daripada apa yang dimilikinya dengan apa yang lebih mulia untuk hamba-hamba-Nya yang taat kepada-Nya. Untuk itulah berkata Al-Hasan Al-Basri dan Qatadah, “Allah SWT telah membuat perjanjian jual-beli dengan mereka, dan Allah SWT telah memahalkan lagi nilai dan harga mereka.”
[2]

Di dalam Tafsir Asy-Syaukani pula ditegaskan, “Allah SWT telah mengumpamakan balasan bagi para mujahidin dengan syurga atas perbelanjaan dan penggunaan diri dan harta mereka di jalan SWT Allah dengan perkataan ‘pembelian’. Asal pembelian di kalangan manusia ialah, “mengeluarkan sesuatu daripada pemilikan dengan sesuatu yang lain yang seumpama dengannya atau selainnya atau yang lebih bermanfaat daripadanya”, maka para mujahidin itu telah menjual diri mereka kepada Allah SWT dengan syurga yang telah dijanjikan nya untuk orang-orang yang beriman.”
[3] Manakala Imam Al-Mawardi di dalam tafsirnya menyatakan, “Firman Allah Azza Wa Jalla, “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli daripada orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka”, iaitu membeli diri mereka (dengan erti kata untuk) berjihad. (Manakala) “harta mereka” pula memungkinkan dua pengertian, iaitu: (1) perbelanjaan mereka untuk jihad, dan (2) sedekah mereka untuk fuqaraa’ (golongan yang memerlukan).[4]

Imam Al-Qurtubi memberikan komentar di dalam tafsirnya, “…dinamakan sedemikian sebagai satu abstrak apa yang telah diketahui oleh mereka berkenaan penjualan dan pembelian; maka daripada pihak hamba, menyerahkan diri dan hartanya, dan daripada pihak Allah SWT menyediakan pahala dan habuan (syurga); lalu dinamakan perkara ini sebagai satu ‘pembelian’.”
[5] At-Tobari menyimpulkan, “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli daripada orang-orang yang beriman diri mereka dan harta mereka dengan syurga, sebagai satu janji yang benar.”[6]

Melalui perbahasan oleh ulama-ulama tafsir ini, ayat ke-111 surah At-Taubah ini jelas telah menggariskan satu falsafah yang penting dalam pemikiran dan kehidupan seseorang Muslim tentang harta dan pengurusannya. Di sini, ajaran Islam memberikan satu anjakan paradigma yang begitu besar apabila ditegaskan bahawa sebenarnya harta-harta yang dipunyai itu sebenarnya telah ‘dibeli’ dan ‘dimiliki’ oleh Allah SWT. Harga bagi ‘pembelian’ tersebut ialah syurga. Pada hakikatnya, seseorang Mukmin itu tidak lebih hanya sebagai ‘pemegang amanah’ kepada ‘Pemilik’ yang sebenar. Oleh itu, segala penggunaan dan pengurusan harta itu mestilah mengikut arahan, kehendak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ‘Pemilik’nya.

Maka pandangan sebegini sangat perlu untuk dihayati oleh setiap Muslim. Sebahagian besar kaum Muslimin perlu disedarkan betapa salah faham bahawa, “Diri dan harta ini adalah milik saya!”, perlu diperbetulkan. Harta adalah milik Allah dan perlu digunakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Al-Quran tidak pernah mencela tentang pemilikan harta, tetapi ayat 111 surah At-Taubah di atas menjelaskan kedudukan harta dan sikap yang sayugianya bagi setiap kaum Muslimin bersifat dengannya. Ini dijelaskan pula melalui ayat 24 surah yang sama:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah SWT dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

Al-Quran dengan jelas telah menggariskan satu prinsip tentang urutan keutamaan mencintai sesuatu. Ayat ini tidak melarang kecintaan dan kesukaan kepada harta, tetapi meletakkan satu panduan bagaimana kecintaan dan kesukaan kepada harta itu perlu diletakkan pada tempatnya yang betul di dalam hati seseorang yang benar-benar beriman; di mana kecintaan kepada lapan perkara yang disebutkan itu tidak boleh melebihi cinta kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan agama Islam.

Inilah antara falsafah pengurusan harta yang paling penting untuk difahami dan dihayati oleh seluruh masyarakat Muslim pada semua peringkat dan lapisan. Al-Quran mengajarkan bahawa seluruh diri dan harta ini adalah milik Allah SWT. Sekiranya, paradigma dan prinsip sebegini dapat disuburkan semula di dalam setiap diri umat Islam, maka keberkatan dan kemakmuran
[7] daripada harta dan pengurusan harta akan kembali menyerlah kepada umat ini.

Nota Kaki:

[1] Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi semasa mengulas ayat ini di dalam bukunya ‘Fadhilah Sedekah’ menyatakan, “Harta adalah untuk dibelanjakan. Jadi simpanlah untuk keperluan sendiri dan belanjakanlah apa yang lebih dari itu. Ibnu Abbas RA berkata bahawa ‘afwa adalah apa yang lebih setelah dibelanjakan untuk keperluan keluarga sendiri. Abu Umamah RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW. “Wahai manusia, hendaklah kamu belanjakan harta yang lebih yang ada padamu dan inilah yang baik bagimu. Apabila kamu menyimpannya untuk dirimu sendiri, maka ini adalah perbuatan buruk. Jika disimpan sekadar keperluan sahaja, maka ini tidak termasuk perbuatan keji. Dan apabila kamu membelanjakannya (menyedekahkannya), hendaklah kamu utamakan keluargamu sendiri. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah.” Sila lihat Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi (Ust. Musthafa Sayani, Drs. – terj.), Fadhilah Sedekah, Pustaka Ramadhan, Bandung, 2004, hal. 7.
[2] Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Kariim, http://quran.al-islam.com/Tafseer, dilayari pada 7/12/2007.
[3] Asy-Syaukani, Tafsir Fathul-Qadiir, http://www.altafsir.com/Tafasir, dilayari pada 7/12/2007.
[4] Al-Mawardi, Tafsir An-Nukat wal-‘Uyun, ibid, dilayari pada 7/12/2007.
[5] Al-Qurtubi, Tafsir Al-Jaami’ Li Ahkamil-Quran, http://quran.al-islam.com/Tafseer, dilayari pada 7/12/2007.
[6]At-Tobari, Tafsir Jami’ul Bayan Fi Tafsiirul-Quran, http://www.altafsir.com/Tafasir, diakses pada 7/12/2007
[7] Sebagaimana firman Allah SWT,“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’raaf 7:96) Di dalam ayat ini dengan jelas Allah SWT menyatakan natijah daripada keimanan dan ketakwaan ialah pembukaan keberkatan dari langit dan bumi. Bagaimanapun, di dalam satu ayat yang lain, Allah SWT berfirman, “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” (Surah Al-An’am 6:44) Melalui dua ayat suci ini, Allah SWT menceritakan tentang dua bentuk ‘pembukaan’. Bagi orang yang bertakwa, Allah membukakan bagi mereka pintu-pintu keberkatan; tetapi bagi golongan yang lalai, Allah membuka kepada mereka pintu-pintu kemewahan, tetapi kemewahan itu hanyalah umpan kepada kehancuran yang bakal ditimpakan kepada mereka.

Versi penuh artikel ini dengan tajuk "FALSAFAH PENGURUSAN HARTA: TINJAUAN QURANI" boleh dibaca dalam Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol. 1, Bil.2, 2007.