Wednesday, April 22, 2009

Saya terpinga-pinga....

Sebaik saya klik satu laman web saya ternampak posting yang menyertakan gambar-gambar ini. Tukang posting turut mengakui bahawa dia pun 'tak tahu dengan detail, di manakah gambar ini diambil dan apa cerita disebaliknya?







Apa yang pasti, gambar-gambar ini membuatkan saya terpinga-pinga... Sami-sami Budha juga sudah mula mengerjakan solat? Siap berjemaah pula 'tu? Bagaimana dengan orang yang selama ini begitu bangga mengaku sebagai orang Islam?
Oh Allah... Dimanakah kami ini sebenarnya di sisi-Mu ?

7 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Bagaimana hal seperti ini terjadi ? Adakah boleh orang bukan Islam berjemaah dengan orang Islam menunaikan Solat ? Saya khuatir andai nanti ada pihak yang berfikiran bahawa Buddha=Islam dan seterusnya menjadi satu isu yang sensitif di masa akan datang. Sedangkan satu ketika dahulu pernah menjadi isu bilamana orang Islam menunaikan Solat di rumah ibadat bukan Islam...walaupun ianya pernah dilakukan di zaman khalifah Umar (kalau tak silap saya).

    Saya pun turut musykil dengan gamabar ini...

    ReplyDelete
  2. Assalamu 'alaikum,

    Sekeping gambar boleh menceritakan seribu kata.... Gambar ini boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran. :-)

    Renung-renungkanlah!

    ReplyDelete
  3. saya tak kisah kalau nak dia nak solat, cuma kalau nak dipersoalpun adakah terputus sof jamaah pakci-pakcik kat tepi tu, tapi kalau nak dipersoalkan pun solat masing-masing kalau tak sah jamaah pun solat fardhiah masih ada dari segi hukum fiqh la, kan tn gunawan menulis buku tentang institusi masjid mesti ada pendapat tersendiri, apa lagi bagi la pendapat, kamu dahagakan ilmu dari mu yaa sheikh!! p/s: bahang bulan dakwah masih terpahat dihati walau Zahid Hamidi dah pi kementerian pertahanan.. dakwah fillah+dakwah sesama Islam+dakwah kepada bukan Islam. lepas ni tuan buat buku pasal bukan Islam baca ayat quran pulak idea tuh!

    ReplyDelete
  4. salam ustaz telah buat saya benar2 terpinga2 nih...

    ape pendapat ustaz berkenaan gmbr ni?

    mohon pencerahan

    ReplyDelete
  5. Assalamu 'alaikum,

    Asyzsufi,

    Saya pun tak berapa nak cerah...

    Cuma mungkin, senario2 ini boleh dipertimbangkan:

    1- sami-sami ini, baru sahaja masuk Islam, kemudian 'dah masuk waktu solat, maka wajiblah pada masa itu untuk sami-sami itu turut bersolat sama...

    Atau

    2- sami-sami tu, datang ke masjid, dan nak mengetahui apa itu Islam. Dan depa nak merasa solat orang Islam...

    wallahua'lam.

    Tapi yang paling membuat saya terpinga-pinga dan rasa terpukul... betapa ramai orang yang sah-sah dah Islam... masih lagi meninggalkan solat!

    Oh Allah, kasihanilah kami...

    ReplyDelete
  6. Masyaallah. Itulah yang Tuhan mahu.

    Dalina Ismail

    ReplyDelete
  7. berdasarkan pemerhatian kepada rupa masjid,perkara ni berlaku di selatan thai, mmg ramai sami2 yg nk mngenali Islam dan masuk Islam disana. So rasenye diorg baru masuk Islam ni(mudah-mudahan)

    ReplyDelete