Friday, June 27, 2008

Kemuliaan kita...

Hadrat 'Aisyah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada kemuliaan yang manusia berbangga-bangga dengannya. Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah Al-Quran." (dipetik daripada kitab Al-Hilyah)

Cubalah kita renungkan. Kita heningkan hati kita. Dengan lembut dan tulus kita bertanya, "Sejauhmanakah aku menepati sabdaan Rasulullah SAW ini?"

"Adakah aku benar-benar merasa mulia dengan Al-Quran?"

"Jika benar aku merasa mulia dengan Al-Quran, berapa banyak masa yang aku luangkan untuk berdamping dengannya?"

Jawablah dengan penuh tulus daripada lubuk hati kita yang paling dalam!

"Oh Allah! Dimanakah kami ini sebenarnya?"

Saturday, June 21, 2008

Abacus and Mental Arithmetic

Pagi ini, Uwais dan Usaid telah menyertai Pertandingan Sempoa & Aritmetik Mental UC Mas (Bukan Cina) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-12 bertempat di Dewan Besar, Kampus Ibu Kota, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kata guru mereka, "Ini sebagai satu pendedahan dan sumber motivasi untuk mereka."

Peserta kiranya memenuhi dewan, dan terbahagi kepada dua kategori. Kategori yang menggunakan Sempoa @ Abacus dan kategori Mental Arithmetic. Pertandingan hanya mengambil masa selama lapan minit sahaja. Begitu pantas. Melihat kepada peserta-peserta muda menjawab soalan, adalah begitu menakjubkan. 100 soalan untuk hanya lapan minit.

Melihat juga kepada demonstrasi pengiraan Mental Aritmetik juga begitu mengujakan. Hati saya berbisik, "Maha Suci dan Maha Besar Allah yang telah memberikan kepada minda manusia kemampuan yang begitu hebat!"

Kuasa minda ini, adalah bukti nyata betapa benarnya firman Allah SWT bahawa manusia ini telah dipilih untuk menjkadi khalifah Allah di muka bumi ini. Sebagai khalifah, manusia telah dipersiapkan dengan kualiti dan kemampuan untuk melaksanakan tugas dan amanah ini. Terpulang kepada manusialah untuk mencungkil segala kehebatan ini. Dan saya melihat kemampuan manusia merangka dan membangunkan sistem Aritmetik dan juga alat Sempoa ini, adalah satu manifestasi kecil betapa Maha Pemurahnya Allah SWT.

Allah SWT telah melontarkan satu gesaan melalui firman-Nya:

"Dan pada diri kamu sendiri, tidakkah kamu lihat, (renungkan dan perhatikan)!"

Bagaimanapun, walau sehebat mana kemampuan yang diberikan; apa yang lebih penting ialah sejauhmana kehebatan dan kemampuan ini digunakan untuk menyempurnakan maksud dan tujuan manusia itu diciptakan! Setiap orang ada kehebatan dan kelebihan yang tersendiri. Itu pun sudah satu perkara yang hebat. Tapi perkara yang lebih hebat ialah bila seseorang itu mampu menggunakan kelebihan itu bagi memenuhi tujuan dia dijadikan oleh Allah SWT.

Oh Allah... terimalah hidup dan mati kami untuk Mu!

Tuesday, June 17, 2008

Cherating

Alhamdulillah, perjalanan kami daripada Putrajaya ke Cherating menepati jangkaan iaitu selama lebih kurang 4 jam. Rupanya kamilah keluarga yang terakhir sampai. Alhamdulillah, Program Perhimpunan Keluarga kami kali ini disertai oleh kesemua sembilan orang adik beradik saya termasuk keluarga mereka (bagi yang 'dah berkeluarga).

Dua program sebelum ini di Cameron Highland dan A'Famosa Melaka, kami kekurangan seorang adik beradik, kerana berada di Algeria. Alhamdulillah, kali ini semuanya ada. Sudah tentu Ma dan Abah kami amat gembira. Cuma yang tidak ada ialah Umair, anak sulung saya. Umair berada di madrasah beliau, Madrasah Miftahul-Ulum, Caw. Bukit Changgang, Banting.

Satu berita gembira untuk saya, Umair sudahpun menamatkan hafazan Juzuk ke-30 beliau. Inilah hadiah Hari Bapa yang paling berharga untuk saya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Insya Allah, beliau akan memulakan pula hafazan Juzuk ke-29. Mohon sama doakan, agar Allah mudahkan hafazan beliau.

"Oh Allah, atas sifat sebagai seorang bapa yang memikul amanah zuriat ini, ku mohon pada Mu, agar menjadikan seluruh zuriatku hingga hari Kiamat sebagai da'ie agama-Mu, mujahid di jalan-Mu, hafiz kitab-Mu, alim syariat-Mu dan pencinta sunnah Nabi-Mu (SAW)! Oh Allah, walaupun daku ini bapa yang penuh dengan kelemahan, hamba-Mu yang penuh dosa, namun harapanku kepada rahmat-Mu untuk zuriat-zuriatku ini mengatasi Arasy-Mu... Oh Allah, janganlah Kau hampakan hamba-Mu yang faqir ini...!"

Berbalik kepada Program Keluarga kali ini, saya sebagai abang sulung, merasa amat gembira sekali. Gembira, hajat Ma dan Abah melihat kami dapat berkumpul tercapai; gembira melihat adik-adik saya dapat berkasih-sayang; gembira kerana sekali lagi program ini dapat kami adakan.

Seperti biasa, program ini akan diisi dengan acara makan bersama, bermesyuarat hal-ehwal keluarga, mengadakan program untuk anak-anak kami, program sukaneka, program kekeluargaan seperti membina sand casttle etc. Kami menghabiskan tiga hari dua malam yang begitu membahagiakan. Berbincang, bersenda-gurau, makan bersama dsb.

Semoga Allah, terus-menerus menyatukan hati kami dengan kasih-sayang dan taufik hidayah daripada-Nya!

Di hujung program, saya termenung dan hati saya berbisik, "Alangkah indahnya, jika kami juga dapat sebegini di syurga nanti! Oh Allah... Satukanlah kami di syurga-Mu!"

Tiba-tiba saya teringat kepada satu ayat Al-Quran:

"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya di bawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! Maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". " (Az-Zumar 39:73)

Alangkah indahnya jika kami termasuk dalam rombongan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT ini!

Friday, June 13, 2008

Harta...

Allah SWT berfirman (mafhumnya):

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah (apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.
[1]
(Surah Al-Baqarah 2:219)

Di dalam Surah Al-Taubah ayat 111, Allah SWT telah menyatakan satu pengisytiharan yang begitu jelas dan pasti memberi impak yang besar kepada hati dan pemikiran seseorang Mukmin:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh; (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubat: Ayat 111)

Kalimah (اشترى ) yang bermakna ‘telah membeli’, memberikan satu konsep dan senario yang menarik untuk diperkatakan. Apakah makna ‘telah membeli’ di dalam ayat ini?

Al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya mengenai ayat ini menyatakan, “Allah SWT telah memaklumkan bahawa Dia telah menukarkan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman berkenaan diri dan harta mereka apabila dibelanjakan pada jalan-Nya dengan (ganjaran) syurga, dan ini semua semata-mata daripada limpah kurnia-Nya, kemuliaan-Nya dan ihsan daripada-Nya; sesungguhnya Allah SWT telah menerima penggantian daripada apa yang dimilikinya dengan apa yang lebih mulia untuk hamba-hamba-Nya yang taat kepada-Nya. Untuk itulah berkata Al-Hasan Al-Basri dan Qatadah, “Allah SWT telah membuat perjanjian jual-beli dengan mereka, dan Allah SWT telah memahalkan lagi nilai dan harga mereka.”
[2]

Di dalam Tafsir Asy-Syaukani pula ditegaskan, “Allah SWT telah mengumpamakan balasan bagi para mujahidin dengan syurga atas perbelanjaan dan penggunaan diri dan harta mereka di jalan SWT Allah dengan perkataan ‘pembelian’. Asal pembelian di kalangan manusia ialah, “mengeluarkan sesuatu daripada pemilikan dengan sesuatu yang lain yang seumpama dengannya atau selainnya atau yang lebih bermanfaat daripadanya”, maka para mujahidin itu telah menjual diri mereka kepada Allah SWT dengan syurga yang telah dijanjikan nya untuk orang-orang yang beriman.”
[3] Manakala Imam Al-Mawardi di dalam tafsirnya menyatakan, “Firman Allah Azza Wa Jalla, “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli daripada orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka”, iaitu membeli diri mereka (dengan erti kata untuk) berjihad. (Manakala) “harta mereka” pula memungkinkan dua pengertian, iaitu: (1) perbelanjaan mereka untuk jihad, dan (2) sedekah mereka untuk fuqaraa’ (golongan yang memerlukan).[4]

Imam Al-Qurtubi memberikan komentar di dalam tafsirnya, “…dinamakan sedemikian sebagai satu abstrak apa yang telah diketahui oleh mereka berkenaan penjualan dan pembelian; maka daripada pihak hamba, menyerahkan diri dan hartanya, dan daripada pihak Allah SWT menyediakan pahala dan habuan (syurga); lalu dinamakan perkara ini sebagai satu ‘pembelian’.”
[5] At-Tobari menyimpulkan, “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli daripada orang-orang yang beriman diri mereka dan harta mereka dengan syurga, sebagai satu janji yang benar.”[6]

Melalui perbahasan oleh ulama-ulama tafsir ini, ayat ke-111 surah At-Taubah ini jelas telah menggariskan satu falsafah yang penting dalam pemikiran dan kehidupan seseorang Muslim tentang harta dan pengurusannya. Di sini, ajaran Islam memberikan satu anjakan paradigma yang begitu besar apabila ditegaskan bahawa sebenarnya harta-harta yang dipunyai itu sebenarnya telah ‘dibeli’ dan ‘dimiliki’ oleh Allah SWT. Harga bagi ‘pembelian’ tersebut ialah syurga. Pada hakikatnya, seseorang Mukmin itu tidak lebih hanya sebagai ‘pemegang amanah’ kepada ‘Pemilik’ yang sebenar. Oleh itu, segala penggunaan dan pengurusan harta itu mestilah mengikut arahan, kehendak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ‘Pemilik’nya.

Maka pandangan sebegini sangat perlu untuk dihayati oleh setiap Muslim. Sebahagian besar kaum Muslimin perlu disedarkan betapa salah faham bahawa, “Diri dan harta ini adalah milik saya!”, perlu diperbetulkan. Harta adalah milik Allah dan perlu digunakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Al-Quran tidak pernah mencela tentang pemilikan harta, tetapi ayat 111 surah At-Taubah di atas menjelaskan kedudukan harta dan sikap yang sayugianya bagi setiap kaum Muslimin bersifat dengannya. Ini dijelaskan pula melalui ayat 24 surah yang sama:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah SWT dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

Al-Quran dengan jelas telah menggariskan satu prinsip tentang urutan keutamaan mencintai sesuatu. Ayat ini tidak melarang kecintaan dan kesukaan kepada harta, tetapi meletakkan satu panduan bagaimana kecintaan dan kesukaan kepada harta itu perlu diletakkan pada tempatnya yang betul di dalam hati seseorang yang benar-benar beriman; di mana kecintaan kepada lapan perkara yang disebutkan itu tidak boleh melebihi cinta kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan agama Islam.

Inilah antara falsafah pengurusan harta yang paling penting untuk difahami dan dihayati oleh seluruh masyarakat Muslim pada semua peringkat dan lapisan. Al-Quran mengajarkan bahawa seluruh diri dan harta ini adalah milik Allah SWT. Sekiranya, paradigma dan prinsip sebegini dapat disuburkan semula di dalam setiap diri umat Islam, maka keberkatan dan kemakmuran
[7] daripada harta dan pengurusan harta akan kembali menyerlah kepada umat ini.

Nota Kaki:

[1] Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi semasa mengulas ayat ini di dalam bukunya ‘Fadhilah Sedekah’ menyatakan, “Harta adalah untuk dibelanjakan. Jadi simpanlah untuk keperluan sendiri dan belanjakanlah apa yang lebih dari itu. Ibnu Abbas RA berkata bahawa ‘afwa adalah apa yang lebih setelah dibelanjakan untuk keperluan keluarga sendiri. Abu Umamah RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW. “Wahai manusia, hendaklah kamu belanjakan harta yang lebih yang ada padamu dan inilah yang baik bagimu. Apabila kamu menyimpannya untuk dirimu sendiri, maka ini adalah perbuatan buruk. Jika disimpan sekadar keperluan sahaja, maka ini tidak termasuk perbuatan keji. Dan apabila kamu membelanjakannya (menyedekahkannya), hendaklah kamu utamakan keluargamu sendiri. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah.” Sila lihat Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi (Ust. Musthafa Sayani, Drs. – terj.), Fadhilah Sedekah, Pustaka Ramadhan, Bandung, 2004, hal. 7.
[2] Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Kariim, http://quran.al-islam.com/Tafseer, dilayari pada 7/12/2007.
[3] Asy-Syaukani, Tafsir Fathul-Qadiir, http://www.altafsir.com/Tafasir, dilayari pada 7/12/2007.
[4] Al-Mawardi, Tafsir An-Nukat wal-‘Uyun, ibid, dilayari pada 7/12/2007.
[5] Al-Qurtubi, Tafsir Al-Jaami’ Li Ahkamil-Quran, http://quran.al-islam.com/Tafseer, dilayari pada 7/12/2007.
[6]At-Tobari, Tafsir Jami’ul Bayan Fi Tafsiirul-Quran, http://www.altafsir.com/Tafasir, diakses pada 7/12/2007
[7] Sebagaimana firman Allah SWT,“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’raaf 7:96) Di dalam ayat ini dengan jelas Allah SWT menyatakan natijah daripada keimanan dan ketakwaan ialah pembukaan keberkatan dari langit dan bumi. Bagaimanapun, di dalam satu ayat yang lain, Allah SWT berfirman, “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” (Surah Al-An’am 6:44) Melalui dua ayat suci ini, Allah SWT menceritakan tentang dua bentuk ‘pembukaan’. Bagi orang yang bertakwa, Allah membukakan bagi mereka pintu-pintu keberkatan; tetapi bagi golongan yang lalai, Allah membuka kepada mereka pintu-pintu kemewahan, tetapi kemewahan itu hanyalah umpan kepada kehancuran yang bakal ditimpakan kepada mereka.

Versi penuh artikel ini dengan tajuk "FALSAFAH PENGURUSAN HARTA: TINJAUAN QURANI" boleh dibaca dalam Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol. 1, Bil.2, 2007.

Saturday, June 7, 2008

Imbauan Tinta

JALAN MENUJU KASIH TUHAN

Oleh: Gunawan Aziz

Adalah menjadi sifat asasi agama yang hak, untuk menjadikan Kasih Tuhan itu adalah hadaful-asma (tujuan tertinggi) hidup seorang manusia. Pengenalan kepada wujudnya Tuhan Sang Maha Pecipta dan keesaanNya adalah asas untuk menuju Kasih dan KeredhaanNya. Mengimani kewujudan Zat Yang Sebenar-benar Tuhan Yang Maha Esa dan mengetahui keesaanNya adalah mendorong kepada penyerahan dan ibadah kepadaNya manakala Kasih dan Redha Tuhan itu adalah matlamat terakhir seorang hamba terhadap Tuhannya. [ Q18:110; Q20:14; Q98:7-8 ] Dan Zat Yang Sebenar-benar Tuhan Yang Maha Esa ini melalui kalamNya sendiri telah memanggil diriNya sebagai Allah [ Q3:18; Q20:14 ]. Malahan betapa banyak ajaran-ajaran dan agama-agama sesat yang mengarisbawahi nama Cinta dan Kasih Tuhan sebagai slogan dan semboyan mereka.

Menjadi seorang kekasih, ia memerlukan bukti. Sekadar kata-kata, pengakuan yang diberikan akan menjadi kabur. Ia memerlukan satu piawai yang baku sebagai ukuran kebenarannya. Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya telah membawakan catatan sejarah, bahawa sebagai menjawab kepada beberapa kelompok manusia yang mendakwa bahawa mereka mencintai Allah, maka Allah telah mewahyukan firmanNya: (mafhumnya) [ Katakanlah (wahai Muhammad)!: "Sekiranya kamu benar-benar mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah (itu) Maha Pengampun lagi Maha Pengasih". Katakanlah (lagi wahai Muhammad)!: "Taatlah kamu kepada Allah dan juga Rasul!"; sekiranya mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir.] Q3:31-32

Ayat ini secara jelas menerangkan bahawa jalan menuju Tuhan ialah melalui utusanNya: Nabi Muhammad (s.a.w.). Ini adalah satu pengisytiharan yang mutlak. Ittiba' Rasul (Mengikuti Rasul) adalah satu syarat mutlak untuk mencapai kasih Tuhan. Suruhan Ittiba' Rasul ini adalah begitu berautoriti, sehingga Allah menegaskan di dalam ayat berikutnya dengan perintah untuk mentaati Rasulullah (s.a.w.) Malah lebih jauh lagi, bagi mereka yang berpaling daripada kehendak Allah agar mengikuti dan mentaati Rasul ini, Allah mensifatkan perbuatan mereka itu sebagai amalan kekafiran. Semasa memberikan komentarnya tentang ayat ini, Ibnu Kathir mengatakan: "Ayat ini menghakimi atas orang yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan yang ditunjukkan oleh Muhammad (s.a.w.) Sesungguhnya mereka ini adalah pendusta di dalam seruannya, sehinggalah mereka mengikut syariat Muhammad dan agama Nabi di dalam semua perkataan dan perbuatannya."

Sesungguhnya jalan Tuhan itu hanya satu, dan ianya adalah Jalan yang amat Lurus [ Q11:56; Q6:153 ] Jalan yang Lurus ini adalah jalan yang menyampaikan hamba kepada Tuhannya, makhluk kepada Khaliqnya, kekasih kepada Yang Dikasihinya. Jalan ini adalah jalannya orang-orang pilihan Allah [ Q1:7 ]. Jalannya para Anbiya', para Siddiqin, para Syuhada' dan juga Solehin [ Q4:69 ]. Setiap orang Islam dari kalangan umat Muhammad (s.a.w.) diperintahkan untuk sentiasa bermohon kepada Allah agar sentiasa ditunjuki Jalan yang Lurus ini. [ Q1:6 ]. Dan Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah ikutan kita yang mutlak dalam menuju dan menjalani Jalan yang Lurus ini. Jalan yang membawa kita terus menuju Kasih Tuhan. Kerana sebagai Utusan Allah, adalah satu jaminan Allah bahawa Muhammad (s.a.w.) adalah sentiasa berada di atas Jalan yang Lurus [ Q36:3-4 ]. Bukan setakat itu sahaja, bahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah pembimbing dan petunjuk ke arah Jalan yang Lurus [ Q 42:52-53 ]. Bukan hanya dirinya dijamin Tuhan berada di atas Jalan yang Lurus, bahkan beliau sendiri adalah petunjuk ke arah Jalan yang Lurus.

Allah dengan redha dan jaminan ilahiyyahNya telah menetapkan bahawa satu-satunya jalan untuk sampai kepada Kasih Allah ialah Ittiba' Muhammad (s.a.w.) Dalam kita mengharungi jalan Agama Allah yang Lurus ini, satu-satunya contoh ikutan kita ialah Muhammad (s.a.w.) Kita tidak mempunyai pilihan lain selain mengikuti dan mentaati setiap penerangan, penjelasan, ajaran, perintah, arahan, tegahan dan contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam kembara kita menuju kepada Kasih Tuhan [ Q3:31-32; Q4:59; Q4:64-65; Q4:80; Q33:36 ]. Bukankah Muhammad (s.a.w.) adalah Utusan Allah yang merupakan sebaik-baik tauladan kepada kita? [ Q33:21 ] Bukankah Allah menyatakan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) ini adalah lebih utama daripada diri kita dan keluarga kita sendiri? [ Q33:6 ] Nubuwwahnya adalah untuk seluruh manusia hingga ke hari Kiamat [Q7:158; Q34:28 ] dan beliau juga adalah rahmat bagi seluruh alam [ Q21:107 ]. Dan beliau berada di dalam jaminan Allah, akan sentiasa berada di atas Jalan yang Lurus [ Q36:3-4 ]. Jauh daripada terseleweng apatah lagi menyeleweng.

Sebagai seorang Utusan Tuhan, adalah penting untuk Nabi Muhammad (s.a.w.) bebas daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan, mengamalkan dan menghayati risalah agama Allah ini. Serta adalah penting untuk beliau menerima petunjuk yang berterusan dan berkekalan daripada Tuhan. Tentang 'petunjuk' itu ia digambarkan dengan penuh bererti oleh Tuhan sendiri di dalam firmanNya dalam ayat Q36:3-4; ayat ini memaklumkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) tidaklah mengambil satu langkah melainkan langkahnya itu pasti berada di atas Siratul-Mustaqim (Jalan yang Lurus). Adalah mustahil bagi beliau untuk menyeleweng daripada jalan ini barang seincipun ke arah yang bengkok dan curang. Tuhan telah menjelaskan erti jalan yang lurus itu di tempat yang lain di dalam Al-Quran; yang kesimpulannya menyatakan bahawa Jalan yang Lurus itu adalah : "Jalan yang Tuhan sendiri berada di atasnya" [ Q11:56 ]. Ia adalah jalan untuk menuju kepada Tuhan, jalan Kebenaran dan penuh petunjuk; dan Rasulullah (s.a.w.) telah dijamin oleh Tuhan bahawasanya beliau tanpa boleh dipersoalkan dan tanpa tergendala pasti berada di atas Jalan yang Lurus.

Melalui ayat-ayat daripada firman-firman Tuhan ini, adalah jelas bahawa Rasulullah (s.a.w.) adalah sentiasa berada di atas bimbingan dan petunjuk yang kekal dan mutlak daripada Tuhan. Dan petunjuk/pimpinan ini adalah tidak terbatas tentunya hanya untuk menerima dan memindahkan Al-Quran sahaja. Tuhan telah menjaminkan perkara ini tanpa had dan batas. Oleh itu apa sahaja yang dibawakan daripada Rasulullah (s.a.w.) kepada kita, hendaklah kita ambil; dan apa saja yang ditegah beliau hendaklah kita hindari [ Q59:7 ]. Itulah ajaran Al-Quran. Itulah kehendak Allah. Untuk Ittiba' Muhammad (s.a.w.), tidak dapat tidak ia bererti merujuk kepada panduan, tuntunan, ajaran, penghayatan, penjelasan, arahan, tegahan dan tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) samada yang berbentuk lisani, amali mahupun pengiktirafan beliau kepada sesuatu kelakuan dan perbuatan. Dan inilah dia Jalan yang akan membawa kita kepada Kasih Tuhan.

Dengan itu, jelaslah betapa tersesatnya golongan yang berpendapat Sunnah Rasulullah (s.a.w.) bukanlah hujah dalam kita mengamalkan agama Allah Ta'ala. Bila kita sebagai seorang muslim mengamalkan agama Islam ini sebagai menjunjung titah-perintah Allah dan untuk mendapatkan Kasih dan redhaNya, maka Allah dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa satu-satunya jalan beragama untuk sampai kepada matlamat tersebut ialah dengan mengikuti dan mentaati setiap Sunnah (panduan, tuntunan, ajaran, penghayatan, penjelasan, arahan, tegahan dan tauladan) Nabi Muhammad (s.a.w.) samada yang berbentuk lisani, amali mahupun pengiktirafan beliau kepada sesuatu kelakuan dan perbuatan. Itulah yang dinyatakan oleh Al-Quran.

Firman Tuhan dalam Surah 3: Ayat 31 dan 32 ini adalah jelas dan tegas menolak doktrin penolakan Sunnah dan Hadith Nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai hujah dalam Syariat Islam. Ia dengan jelas menolak kesesatan golongan Anti-Hadith /Engkar-Sunnah /Golongan Quran yang percaya bahawa untuk memahami dan beramal dengan agama ini adalah memadai dengan hanya merujuk kepada Al-Quran. Adalah benar bahawa sumber Syariat kita adalah Al-Quran, tetapi Al-Quran pula mengajarkan kita bahawa untuk memahami dan mempraktikkan agama ini, kita hendaklah mengikuti dan mentaati Sunnah Rasulullah (s.a.w.) . Bahkan Allah sendiri mengancam dan mengecam sesiapa yang menentang Rasulullah (s.a.w.) dan ajaran(yakni sunnah) yang dibawa olehnya.

Allah berfirman (mafhumnya):[ Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kepadanya petunjuk itu, dan mengikuti selain daripada jalan orang-orang yang beriman; Kami akan biarkan (atas) apa yang dipilihnya itu, dan (akhirnya) Kami akan membakarinya di dalam Neraka Jahannam; dan (itulah) sejahat-jahat tempat kembali! ] Q4:115

Wa maa taufiiqii illa billah, 'alaihi tawakkaltu wa ilaihi uniib. Walhamdulillahi rabbil-'aalamiin.

NOTA: Artikel ini adalah tulisan saya daripada laman web Hujjiyyatussunnah.Wakaf.Net dan pernah disiarkan oleh akhbar Berita Harian.

Thursday, June 5, 2008

Umat ini dan Masjid...

Umat ini pada hakikatnya ialah umat yang mulia. Kita telah dimuliakan oleh Allah sehingga kemuliaan dan ketinggian kita telah diceritakan kepada seluruh nabi-nabi yang datang sebelum kita (Al-Fath [48]: 29). Kemuliaan kita menjadi semakin sempurna disebabkan hubungan kita dengan Rasulullah s.a.w. dan usaha yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. (Al-Anbiya’ [21]: 107; Aali ‘Imran [3]: 110; Yusuf [12]: 108). Tidak ada nabi dan rasul yang datang sebelum Rasulullah s.a.w. yang tidak mengkhabarkan berita gembira tentang Rasulullah s.a.w. dan umat baginda kepada kaum mereka (Aali ‘Imran [3]: 81). Kita telah dinobatkan sebagai ‘Khaira Ummah’ (Umat Yang Terbaik) di kalangan umat-umat yang pernah muncul di atas muka bumi ini. Martabat ‘Khaira Ummah’ yang gelarannya dititahkan dan dimaktubkan sendiri oleh Allah Azza Wa Jalla yang telah menciptakan sekalian manusia dan seluruh alam, merupakan suatu gelaran yang amat agung, seagung keagungan Sang Pemberi Anugerah itu sendiri.

Bagaimanapun, kemuliaan ini adalah kemuliaan bersyarat. Gelaran ini hanya akan kekal, apabila syarat yang melazimkannya itu kekal pada umat. Umat ini akan kekal mulia, selagi mana mereka memenuhi syarat-syarat yang berikut, iaitu: hakikat iman, usaha meningkatkan iman dan usaha meyebarkan iman. (Aali ‘Imran [3]: 110) Allah berfirman, “Sesungguhnya Al-‘Izzah (kemuliaan) itu hanyalah untuk Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.” (Al-Munafiquun [63]: 8). Firman Allah Taala lagi, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa dukacita, kamulah yang tetap tinggi (dan mulia) sekiranya kamu benar-benar beriman.” (Aali ‘Imran [3]: 139) Dalam firman-Nya yang lain dinyatakan, “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu…” (Al-Maidah [4]: 136) Di sini ada gesaan kepada orang-orang yang sudah punya iman, agar mempertingkat dan memperteguhkan lagi iman mereka. Allah berfirman, “Dan hendaklah ada sebahagian daripada kamu satu umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala yang makruf (baik) serta melarang daripada segala mungkar (salah, buruk dan keji). Dan mereka itulah (yakni orang-orang yang menjalankan usaha dakwah, amar makruf dan nahyi mungkar) orang-orang yang berjaya!” (Aali ‘Imran [3]: 104) Syaikh Muhammad Abu Zahrah di dalam bukunya Kitab Ad-Dakwah ilal-Islam, semasa memberikan komentarnya kepada ayat ini menyatakan, “Perkataan ( min ) yang bermaksud ‘daripada’ di dalam ayat ini boleh diertikan (secara nahunya) sebagai ( min bayaniah ) atau “( min ) penerangan”; jika demikian, ayat ini hendaklah difahamkan sebagai, “Dan hendaklah kamu semua – wahai keseluruhan kaum muslimin – menjadi satu umat yang semuanya berfungsi sebagai pendakwah kepada kebaikan, penyuruh dengan perkara makruf dan pencegah daripada perkara mungkar.” Intaha.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sebaik-baik manusia ialah pada kurunku, kemudian kurun yang sesudah mereka, kemudian kurun yang sesudah mereka...” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim) Sebahagian ulamak memberikan pengertian kurun di sini dengan makna generasi, manakala sebahagiannya pula dengan makna yang zahir, iaitu tempoh masa satu abad. Daripada sabdaan suci ini, jelas bahawa tiga ratus tahun yang pertama atau tiga lapisan generasi yang pertama dalam sejarah kemunculan umat ini, ia adalah sebaik-baik zaman yang telah diberikan pujian terlebih awal oleh Sodiqul-Masduq (Seorang Yang Benar lagi Dibenarkan) iaitu Rasulullah s.a.w. sendiri. Sekiranya kita benar-benar berusaha meneliti keadaan Zaman Yang Dipuji ini, sudah pasti kita semua bersetuju bahawa antara ciri zahir yang menjadi jati diri warga Zaman ini ialah masjid-masjid yang telah dimakmurkan dengan sebenar-benar pemakmuran. Masjid-masjid telah benar-benar berfungsi sepanjang 24 jam setiap hari sebagai gedung rahmat dan nur keimanan, medan pembinaan dan peningkatan iman serta markaz di mana tersebarnya iman.

Oh Allah! Dimanakah kami pada hari ini?

Wednesday, June 4, 2008

SEKADAR RENUNGAN

SURAH QURAISY ( سورة قريش)

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

لإيلـف قريش
1
Kerana kebiasaan (aman tenteram dan perjanjian damai) kaum Quraisy

إىلـــفهم رحلة الشتآء و الصيف
2
(iaitu) kebiasaan (aman tenteram dan perjanjian damai) mereka (dalam) perjalanan (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk dan pada musim panas,

فليعبدوا رب هذا البيت
3
Maka hendaklah mereka semua menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Ka’abah) ini,

الذى أطعمهم من جوع وءامنهم من خوف
4
Tuhan yang memberi mereka makanan untuk menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan.

RENUNGAN:

Surah ini berbeza pendapat di kalangan ulamak Qurra’ umat. Ada yang berpendapat surah ini ialah sebahagian dari surah Al-Fiil, iaitu surah Quraisy ini dan surah Al-Fiil adalah satu surah, bukan dua surah yang terpisah. Manakala sebahagiannya pula menyatakan bahawa dua surah ini ialah dua surah yang berasingan. Hal ini ada disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dan Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsir mereka. Bagaimanapun, perhubungan dua surah ini dari segi makna dan maksud kandungannya, adalah amat jelas sekali
[1].

Imam Ibnu Kathir menukilkan satu riwayat yang amat menarik tentang surah ini yang secara langsungnya juga menceritakan tentang kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum Quraisy.

(عن سَعِيد بْن عَمْرو بْن جَعْدَة بْن هُبَيْرَة عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدَّته أُمّ هَانِئ بِنْت أَبِي طَالِب أَنَّ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ " فَضَّلَ اللَّه قُرَيْشًا بِسَبْعِ خِلَال : أَنِّي مِنْهُمْ وَأَنَّ النُّبُوَّة فِيهِمْ وَالْحِجَابَة وَالسِّقَايَة فِيهِمْ وَأَنَّ اللَّه نَصَرَهُمْ عَلَى الْفِيل وَأَنَّهُمْ عَبَدُوا اللَّه عَزَّ وَجَلَّ عَشْر سِنِينَ لا َ يَعْبُدهُ غَيْرهمْ وَأَنَّ اللَّه أَنْزَلَ فِيهِمْ سُورَة مِنْ الْقُرْآن - ثُمَّ تَلَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - " بِسْمِ اللَّه الرَّحْمَن الرَّحِيم لِإِيلَافِ قُرَيْش إِيلَافهمْ رِحْلَة الشِّتَاء وَالصَّيْف فَلْيَعْبُدُوا رَبّ هَذَا الْبَيْت الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوع وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْف " ) (أخرجه الْبَيْهَقِيّ فِي كِتَاب الْخِلَافِيَّات)

[ Daripada Sa’id ibn ‘Amr ibn Ja’dah ibn Hubairah daripada ayahnya daripada neneknya Ummu Hani’ binti Abi Talib, bahawasanya Rasulullah (sallalLahu 'alaihi wa sallam) telah bersabda, “Allah telah memuliakan kaum Quraisy dengan tujuh perkara, iaitu: Aku daripada kalangan mereka, dan sesungguhnya Kenabian di kalangan mereka, al-hijabah, al-siqayah milik mereka, Allah telah membantu mereka mengatasi Tentera Bergajah, dan mereka menyembah Allah selama sepuluh tahun yang mana (dalam tempoh itu) tidak ada orang lain yang menyembah Allah, dan Allah telah turunkan satu surah dalam Al-Quran mengenai mereka”, lalu Rasulullah (sallalLahu 'alaihi wa sallam) telah menbacakan ayat ini:
" بِسْمِ اللَّه الرَّحْمَن الرَّحِيم لِإِيلَافِ قُرَيْش إِيلَافهمْ رِحْلَة الشِّتَاء وَالصَّيْف فَلْيَعْبُدُوا رَبّ هَذَا الْبَيْت الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوع وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْف "[

Surah ini mengingatkan masyarakat Quraisy yang merupakan medan pertama usaha dakwah Rasulullah (sallalLahu 'alaihi wa sallam), betapa banyak nikmat Allah kepada mereka.

Maulana Abdullah Yusuf Ali memberikan ulasannya berkenaan nikmat Allah kepada kaum Quraisy ini, “Golongan Quraisy merupakan golongan dan kabilah yang paling mulia dalam kalangan di Semenanjung Arab, iaitu kabilah yang Nabi (sallalLahu 'alaihi wa sallam) sendiri datang daripadanya. Mereka it menjadi penjaga-penjaga bangunan Ka’abah, pusat ibadat seluruh Semenanjung Arab, dan kedudukan mereka sebagai golongan yang memiliki Kota Makkah, mendatangkan tiga faedah untuk mereka: (1) mereka mempunyai pengaruh yang kuat menentukan (dalam kehidupan bangsa Arab – p.) selain faedah-faedah lainnya; (2) kedudukan Kota Makkah yang strategik serta mempunyai kemudahan-kemudahan perhubungan dan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan dan kemuliaan atau kedua-duanya sekali; (3) kawasan Makkah itu mengikut kebiasaan turum-temurun Arab merupakan kawasan aman tenteram daripada gangguan-gangguan peperangan, dan perkelahian-perkelahian diri yang khusus, maka dengan itu mereka mempunyai kedudukan yang teguh aman, sunyi daripada takutkan bahaya. Kemuliaan dan faedah ini mereka dapati kerana kedudukan mereka sebagai orang-orang yang berkhidmat terhadap bangunan Suci Ka’abah itu. Mereka mendapat itu semua dari kurnia Tuhan. Maka bukankah layak dan patut bahawa mereka menyembah Tuhan Yang Esa Yang Sebenar-Nya, serta mendengar Risalah Ajaran-Nya tentang Tauhid dan Kesucian dan Kemurniaan, yang dibawa oleh Nabi-Nya?

Pada masa dahulu itu, yang secara amnya keadaan adalah tidak aman dan berbahaya, maka kedudukan mereka sebagai penjaga-penjaga Makkah membolehkan mereka mendapat janji-janji supaya mendapat keamanan tidak diganggu dan terselamat daripada pemerintah negeri-negeri yang berjiran dengannya pada semua pihak – Syria, Parsi, Yaman, dan Habshah – yang memberi perlindungan kepada mereka dalam perjalanan-perjalanan untuk perniagaan mereka dalam semua musim (iaitu musim sejuk dan panas – p.)

...Oleh kerana perjalanan-perjalanan untuk perniagaan mereka ke negeri Yaman pada musim sejuk dan ke wilayah-wilayah yang lebih sejuk di Syria itu, dan juga bahagian-bahagian uatara pada musim panas, maka orang-orang Quraisy itu menjadi pengembara-pengembara dan pedagang-pedagang yang cukup terlatih, yang terdapat banyak pengetahuan berkenaan dengan dunia dan beberapa bidang kemahiran dala hidup ini, serta mereka menyempurnakan bahasa mereka menjadi sebagai alat melafazkan sastera yang sungguh dugilap sedemikian sempurna.
Kafilah-kafilah perniagaan mereka menyebabkan mereka menjadi kaum yang kaya raya, dan menjadikan orang-orang dari negeri yang jauh datang kepada mereka untuk melawat Kota Makkah (khususnya Ka’abah yang suci itu sebagai pusat ibadah – p.), dan membawa kepada barang-barang perniagaan dan juga hadiah-hadiah ke sana.”
[2]

Surah ini dengan jelas mengandungi dua bahagian mesejnya, iaitu: (1) Allah mengingatkan mereka tentang nikmat-nikmat Allah yang amat banyak dan melimpah ruah kepada mereka; dan (2) oleh itu hendaklah mereka beriman kepada Tuhan yang telah memuliakan mereka dengan nikmat-nikmat itu dan mereka hendaklah hanya menyembah kepada-Nya.

Jadi, apakah relevannya surah ini kepada kita yang hidup 1400 tahun lebih selepas pewahyuan surah ini; yang tinggal beribu-ribu batu dari tanah Semenanjung Arab ini? Bahkan, apakah tuntutan surah ini kepada seluruh umat hingga hari diangkatnya Al-Quran daripada mushaf-mushaf sebelum menjelangnya hari Kiamat?

Pelajaran pertama yang dapat kita fahami ialah, ajaran adab kita sebagai makhluk dengan Penciptanya. Melalui surah ini, Allah telah memperingatkan nikmat-nikmat-Nya yang begitu besar kepada penduduk-peduduk Kota Mekah. Mekah yang asalnya hanya sebuah lembah yang kontang. Yang hanya diliputi pasir, batu-batu dan bukit-bukit pejal. Sebuah lembah yang gersang fizikalnya, namun sebagai tanda kekuasaan Allah, daripada sebuah lembah yang tidak ada sebarang sumber ketamadunan dan daya tarikan untuk manusia mengasaskan kehidupan di situ, Allah telah memberkati lembah gersang ini, yang akhirnya menjadi satu lembah yang paling makmur dan menarik dari segi kerohaniannya.

Mekah adalah sebuah kota yang menjadi sumber kemuliaan pula kepada penduduknya. Sebuah kota yang menjadi sanjungan insan sejagat. Sebuah kota yang begitu dicintai oleh orang-orang Arab dan Ajam, timur dan barat, jauh dan dekat. Sebuah kota yang menjadi tumpuan dan kerinduan setiap insan yang beriman. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan Yang Maha Melakukan apa saja yang Dia Kehendaki.

Apa yang Allah kehendaki, itulah yang akan terjadi. Dan apa yang Allah tidak kehendaki terjadi, pasti sama sekali tidak akan terjadi. Begitulah kehendak Allah, walaupun yang ada hanyalah pasir, batu dan bukit-bukit pejal; tetapi Allah berkati bumi Mekah dengan segala sumber kehidupan dan kemuliaan.

Di tanah gersang ini ialah Ka’abah. Lalu Allah jadikan sanjungan dan kemuliaan kepada penduduk Mekah di dalam hati bangsa Arab yang lainnya. Lalu tanah yang gersang ini, senantiasa dipenuhi oleh limpahan buah-buahan dari segenap penjuru alam. Senantiasa makmur dengan kunjungan manusia-manusia lainnya. Akhirnya berkembang maju pula perdagangan dan perniagaan. Lalu, melihat kepada kurniaan dan keajaiban ini, masihkah kamu sekalian tidak mengenal akan kebesaran dan kehebatan Allah Ta’ala? Maka, sahutlah seruan ini: [Maka hendaklah mereka semua menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Ka’abah) ini!]

Seterusnya, surah ini telah membentuk satu gambaran betapa Allah telah menzahirkan kehebatan-Nya dan kekuasaan-Nya. Bahkan, kehebatan gambaran ini masih kekal hidup dan berkembang sehingga hari ini. Sebagaimana yang dapat dilihat kepada Kota Mekah hingga ke hari ini. Sesungguhnya, ia satu pelajaran keimanan yang amat besar untuk kita. Keimanan kita dipasak dengan satu hakikat, bahawa yang boleh melakukan segala sesuatu hanya Allah. Dan Allah adalah satu-satunya sumber segala sesuatu. Dia adalah Asal Segala Sumber! Dan Allah, dengan penuh sifat Rahman dan Rahim-Nya telah menunjukkan betapa kurniaannya senantiasa melimpah ruah. Manfaat dan mudarat hanya milik Allah. Kemuliaan dan kehinaan segalanya di tangan Allah.

( قـُل ِالـَّـلـهُمَّ مَالِكَ المُلـْكِ تـُؤْتِى الـْمـُلـْكَ مَنْ تـَشَآءُ وَ تـَنـْزِعُ المُـلـْكَ مِمَّن تـَشـَآءُ وَ تـُعِزُّ مَن تـَشَـآءُ وَ تـُذِلُّ مَن تـَشـَآءُ بـِيَدِكَ الْخـَيْرُ إنـَّكَ عَلـَى كُلِّ شَيْءٍ قـَدِيرٌ)

[ Katakanlah: “Wahai Tuhan yang Mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di Tangan-Mu jualah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau, atas segala sesuatu itu Maha Kuasa. ] (Surah Aali ‘Imran 3: 26)

Benar! Hanya Allah-lah yang menentukan segala sesuatu. Maka salah satu contoh nyata ialah keadaan Kota Mekah dan penduduknya sejak zaman berzaman. Sesungguhnya, Allah-lah tempat bergantung segala sesuatu dan segala urusan, Dia-lah As-Somad, Tempat Tumpuan Segala Sesuatu! Dia-lah Allah. Maka sembahlah hanya Allah, semata-mata kepada-Nya!

Surah ini begitu pendek, tetapi pengajaran kandungannya begitu besar. Surah ini benar-benar mengajar kita, bahawa kita perlu letak keyakinan yang sempurna kepada Allah, dan hanya kepada Allah. Kita putuskan segala hubungan, ikatan dan keyakinan kepada yang lain daripada Allah; dan letakkan di dalam hati hanya kebesaran Allah Azza Wa Jalla. Renungkan dan fikirkanlah!
Nota kaki:

[1] Tafsir Ibnu Kathir, www.al-islam.com.
[2] Maulana Abdullah Yusuf Ali (Abu Salah Muhammad Uthman El-Muhammady – pent.), Al-Quranu L-Karim: Terjemahan dan huraian maksud, Jilid 5, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2001, hlm. 3351-3352.
------------------tamat nukilan--------------------
Nota: Artikel ini sebenarnya sebahagian daripada penulisan saya yang masih dalam bentuk manuskrip. Semoga Allah bantu saya dengan rahmat-Nya serta ihsan-Nya untuk saya dapat menyiapkan penulisan ini. Oh Allah! Bantulah hamba Mu yang amat faqir ini!