Saturday, February 6, 2010

Abah.. Setahun yang berlalu...


20 Januari telah berlalu. Bermakna telah setahun Abah meninggalkan alam yang fana ini. Perpisahan yang akan sentiasa dikenang. Sementara hayat ini masih dikandung badan. Setahun yang amat pendek, kerana kadang-kadang diri ini hampir terlupa, yang Abah telah tiada. Abah sentiasa hidup dalam hati kami. Semoga setiap diri anak-anak Abah, akan menjadi sumber kemuliaan Abah di akhirat sana...

Mohon kesudian sidang pembaca, menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah ayahanda saya... Al-Fatihah!

Ini adalah gambar Abah, seminggu sebelum Abah meninggal dunia. Dirakamkan oleh adik saya, Nurul Hakim semasa kunjungan Abah ke Kuala Lumpur.

7 comments:

  1. al-Fatihah,
    semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh, amin.

    ReplyDelete
  2. Untuk datang ke dunia Allah telah letakkan tertib. Abah dulu baru anak. Tapi untuk tinggalkan dunia Allah tidak letakkan tertib. Tak mustahil untuk anak pergi dulu sebelum abah.

    ~KiLaT~ peringatan buat gua. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah, semoga dirahmati. Beruntungnya beliau kerana meninggalkan zuriat yang soleh yang segala kebaikan dilakukan zuriatnya, dapat kepadanya.

    Doakan agar saya pun sentiasa dapat melakukan amalan soleh seperti Ustaz Gunawan, agar ayah saya juga sentiasa mendapat bahagian dari amal soleh saya.

    ReplyDelete
  4. Hari ni kita mengenang orang yang dah mati.. Esok2 pasti orang akan mengenang kita yang dah mati..

    ReplyDelete
  5. Assalamu 'alaikum,

    Ziarah76, KiLat, zarzh, azharjaafar;

    Jazakumullahu khairan jazaa-an!

    Allahumma aamin.. thumma aamiin.. thumma aamiin...!

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...

    Al-fatihah utk arwah ayahnda...

    ReplyDelete
  7. Assalamu 'alaikum,

    iena,

    terima kasih atas kesudian sedekahkan al-fatihah itu.. saya amat menghargainya..

    jazakillah.

    ReplyDelete