Hijrah telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai antara sifat orang yang benar-benar beriman. Hijrah juga merupakan satu sunnah. Peristiwa Hijrah merupakan satu garis mula, kemenangan yang hak atas yang batil. Saiyidina Umar ibn Al-Khattab r.a. amat memahami kepentingan dan kebesaran peristiwa Hijrah ini, lalu beliau ambil tahun berhijrahnya Rasulullah s.a.w. ke Yathrib (Madinah al-Munawwarah) sebagai tahun pemula kepada pengiraan dan penyeragaman kalendar atau takwim Islam.
Allah berfirman (mafhumnya):
“dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)
Lalu, muncul sahaja tarikh 1 Muharram, maka umat Islam akan kembali mengingati peristiwa agung ini. Malangnya, disebabkan tahun demi tahun menyambut perayaan sempena mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. ini, akhirnya kita menjadi leka dengan peristiwa itu sendiri. Kita lupa kepada peribadi-peribadi yang menjayakan hijrah itu. Kita lupa untuk mengenali dengan lebih mendalam, siapakah golongan yang digelar sebagai Muhajirin oleh Al-Quran. Kita semakin tidak mengenali siapakah mereka ini. Natijahnya, bak kata orang tua-tua, tidak kenal maka tidak cinta. Lalu cinta kita kepada golongan Muhajirin semakin luntur. Cinta kita kepada golongan yang telah membantu dan menyambut para Muhajirin, iaitu golongan Ansar juga menjadi pudar. Mata kita tidak lagi bersinar, apabila bercerita atau mendengarkan cerita tentang insan-insan terpilih ini.
Kita menjadi sibuk dengan slogan dan perarakan yang kita cipta. Hingga hati-hati kita hampir terputus untuk mengenali dan meminati golongan yang ditanda dengan bintang kehormatan oleh Al-Quran yang membawa gelar ‘Radiyallahu ‘anhum wa radhuu ‘anhu’ (Allah redha dengan mereka, dan mereka redha dengan Allah). Hijrah adalah satu peristiwa yang telah melahirkan apa yang disebut sebagai Muhajirin dan Ansar.
Allah berfirman, (mafhumnya):
“..dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah 9: 100)
Hijrah bukan sahaja berkitar tentang hijrahnya Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a., malah peristiwa Hijrah ini sepatutnya kita bicarakan sama tentang hijrahnya Muhajirin dan bantuan (nusrah) yang diberikan oleh golongan Ansar. Seorang tokoh mufakkir Islam iaitu Al-‘Allamah Asy-Syaikh As-Saiyyid Abul-Hasan Ali an-Nadwi pernah menyimpulkan di dalam satu suratnya bahawa orang Islam itu hanya terbahagi kepada dua golongan sahaja, tidak ada yang ketiga. Sama ada menjadi orang yang keluar (berhijrah) di jalan Allah (Muhajir) atau yang membantu orang yang sedang keluar (berhijrah) di jalan Allah (Ansar).
Inilah yang sepatutnya terjadi. Setiap umat perlu meletakkan posisi mereka di dalam salah satu daripada dua kategori ini, sebagai Muhajirin mahupun Ansar. Formula hijrah dan nusrah ini akan terus menjadi resepi tuntas kehebatan dan kemuliaan ummah. Melalui hijrah dan nusrah ini, Kalimah Allah akan menjadi ‘Ulya [ العليا ](tinggi) dan Kalimah Kufur akan menjadi rendah Sufla [ السفلى ](rendah dan hina). Renungkan catatan Al-Quran berkenaan perkara ini semasa Al-Quran mengisahkan tentang peristiwa agung Hijrahnya Rasulullah s.a.w.. Allah berfirman (mafhumnya):
“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah kamu beramai-ramai pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Jika kamu tidak berangkat beramai-ramai (pada jalan Allah demi agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah 9:38-40)
Melalui firman ini, Allah s.w.t. menyimpulkan bahawa natijah akhir daripada hijrah dan nusrah ini ialah akan tinggi dan mulialah Kalimah Allah. Bagi memahami perkara ini, maka kita kena merujuk kepada kehidupan para Muhajirin dan Ansar ini. Merekalah isi bicara yang perlu kita muzakarahkan bila memperkatakan tentang Hijrah.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Wahai manusia! Berhijrahlah kamu sekalian (di jalan Allah) dan berpegang teguhlah dengan Islam, maka sesungguhnya hijrah tidak akan terhenti selama masih ada Jihad.” (HR At-Tobrani, dan sanadnya kesemuanya adalah thiqat, sebagaimana di dalam Majma’uz-Zawaaid 9/658)
Bersediakah kita?
Assalamualaikum, salam maal hijrah, jazakallah diatas peringatan-peringatan sebegini, sesungguhnya banyak yang dapat dipelajari serta direnungi.
ReplyDeletealhamdulillah dapat baca lagi tulisan uztaz. best membacanya, semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk amal dan sampaikan.
ReplyDelete