Lebih kurang pukul 11.40 pagi tadi, saya sampai di Stesen ERL Putrajaya-Cyberjaya. Hampir-hampir terlelap dalam ERL tadi. Dua hari lepas, rehat yang tidak berapa mencukupi. Bermula subuh Sabtu, dengan Kuliah Subuh di Surau Al-Muhajirin Presint 9. Habis kuliah, jemput anak yang ada program Qiyamullail di sekolahnya. Pukul 9 - 11 pagi, bersama kawan-kawan dalam Kelas Al-Quran Dewasa di Surau Saidina Ali, Presint9. Selepas makan tengahari, sempat Qailulah sekejap, kemudian bergegas pula ke KLIA untuk berlepas ke Langkawi. Saya mendapat jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan untuk 'bersembang' tentang Pengurusan Emosi. Slot selama dua jam tersebut, diselitkan dalam Kursus Pengurusan dan Kewangan mereka.
Premis pendekatan yang saya pilih ialah bidang Spiritual Quotient (SQ). Saya maksudkan SQ di sini ialah 'usaha atas hati'. Hati adalah penentu kepada seluruh baik mahupun buruk anggota tubuh manusia. Seseorang yang hatinya tahu siapa 'dia' yang sebenarnya dalam konteks hubungannya dengan 'Dia'... pasti mampu menguruskan emosi. Apa sahaja bentuk emosi adalah milik Allah. Kalau Allah tidak ciptakan emosi sedih, maka emosi sedih tidak akan wujud. Jika Allah tidak cipta emosi gembira, maka yang nama kata emosi gembira itu pun tidak wujud. Suka, duka, sedih, geram, tenang, gembira, senang hati, risau, relaks dsb. semuanya adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah. Semuanya daripada khazanah Allah, semuanya dalam gengaman Allah. Sumbernya hanya satu, yakni khazanah Allah. Oleh itu, cara untuk dapatkannya juga perlu satu, iaitu cara yang Allah suka. "1Khazanah. 1Cara"
Allah telah ciptakan seluruh makhlukNya. Dan Allah telah ambil tanggungjawab uruskan segala keperluan hamba-hambaNya. Cuma kita selalu lupa dan leka. Menyebabkan kita lebih suka mengadu kepada sesama hamba, melebihi aduan dan munajat kita kepada Allah, Yang Maha Rahman lagi Maha Rahim. Allah, Satu-satunya Pemilik Khazanah yang hanya satu. "Katakanlah, Allah itu Esa. Allah-lah As-Somad." As-Somad, tempat bergantung hajat segala makhluk. Sebesar-besar makhluk seperti Arasy, tetap memerlukan Allah; hingga sekecil-kecil makhluk seperti kuman pun, tetap perlukan Allah. Hanya Allah, dan semata-mata Allah. Tiada dua, tiada tiga. Hanya Dia. "Laa ilaaha illalLah!"
Kita sangka emosi itu adalah milik kita. Emosi itu pun sebenarnya hanya amanah kepada kita. Pemilik Hakikinya hanya Allah. Semuanya datang dari khazanah Allah. Syarat pertama menguruskannya ialah membetulkan yakin kita bahawa Pemilik Hakiki emosi hanya Allah. Dan hanya dengan mempunyai hubungan yang betul terhadap Allah, kita akan dapat menguruskan emosi kita sebagai satu amanah daripada Allah. Salah satu wadah terbaik membina hubungan ini ialah melalui doa. Lebih dalam daripada doa ialah muraqabah, iaitu Muraqabah Du'aiyyah. Allah menyatakan:
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi orang yang mendapat petunjuk dan menjalani jalan yang betul." [Al-Baqarah 2: 186]
Rasulullah s.a.w mengkhabarkan firman Allah menerusi hadis Qudsi, Allah berfirman, "...Dan Aku bersamanya (yakni hambaKu) ketikamana dia berdoa kepada Ku." (HR Muslim)
Begitulah Allah dan Maha Pemurahnya Allah...
Selesai slot saya bersama Jabatan Belia Sukan Negeri Sembilan, saya bergegas pula ke Alor Setar melalui feri ke Kuala Kedah. Petangnya, berada di Yan dan malamnya ada majlis pula di Holiday Villa, Alor Setar.
7.50 pagi tadi, saya check-out dan terus ke Lapangan Terbang Alor Setar. Akhirnya, dengan izin Allah, saya tiba di Putrajaya... Alhamdulillah, sakit tekak dan demam saya pun sudah agak kebah. Malam ini, ada kuliah Maghrib di Surau Saidina Othman. Cuma dengan suara parau ini, saya terpaksa menarik diri daripada menjadi moderator untuk program Jawhar Intellectual Discourse pagi esok.
Benarlah, "La haula wa la quwwata, illa billahil-'aliyyilaziim'!

Begini hebat kekuasaan Allah, Mungkin DIA mahu mendidik ana jadi yg terbaik.. Teguran ini ana dpt rasa di hati.. teguran dari Allah ini buat ana terasa lahir malu hingga di wajah..Terima Kasih Ustaz perkongsian ini..Ana tersedar, Moga DIA tidak murka pada ana yg ada mengadu sesuatu..Moga DIA maafkan setiap kesalahan ana beberapa hari lalu..Ya Ustaz, Ana malu pada DIA yg menegur melalui Ustaz.Ana mengaku kekurangan diri ini, Ana harus mengaku betapa buruknya tingkah laku ana, Ana harus berterima kasih pada DIA menolong ana diperantauan dan memberi segala pinta ana..Harus ana sedar..Betapa hanya DIA yg sempurna tidak ana..
ReplyDeleteAssalamu 'alaikum,
ReplyDeleteRasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas, "Wahai budak! Jagalah Allah, Allah akan jaga kamu. jagalah Allah, kau aakan dapati Dia sentiasa didepan kamu. Apabila kamu nak minta sesuatu, mintalah dengan Allah; apabila kamu nak minat tolong, minta tolonglah daripada Allah...."
Semoga taufik Allah sentiasa bersama kita...
Ramadhan Mubarak..
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan semoga menjadi orang bertakwa..
Doa untuk saya yang dhoif..
Assalamu'alaikum uztaz,
ReplyDeleteRasanya masih segar diminda saya mengenai ceramah ustaz mengenai SQ Terbilang di Jabatan Perangkaan pagi tadi (19/8/09). Sesungguhnya apa yang telah disampaikan memberi kesan terhadap diri saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih ustaz.
Semoga diperbanyakan ceramah seperti itu tadi di Jabatan-jabatan lain.
Terima kasih Ustaz.. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala jihad ustaz..