"Tengoklah, saya tidak berapa sihat. Sepanjang malam saya terpaksa berjaga kerana tidak boleh tidur. Namun demikian saya terpaksa bercakap sebab perkara ini adalah amat penting. Sesiapa yang memahaminya dan mengamalkannya maka Allah Taala akan meninggikannya dan memeberikan kejayaan. Jika tidak, maka dia akan melumpuhkan kakinya sendiri.Monday, January 12, 2009
Perasaan Ummat...
"Tengoklah, saya tidak berapa sihat. Sepanjang malam saya terpaksa berjaga kerana tidak boleh tidur. Namun demikian saya terpaksa bercakap sebab perkara ini adalah amat penting. Sesiapa yang memahaminya dan mengamalkannya maka Allah Taala akan meninggikannya dan memeberikan kejayaan. Jika tidak, maka dia akan melumpuhkan kakinya sendiri.Perasaan Ummat...
"Tengoklah, saya tidak berapa sihat. Sepanjang malam saya terpaksa berjaga kerana tidak boleh tidur. Namun demikian saya terpaksa bercakap sebab perkara ini adalah amat penting. Sesiapa yang memahaminya dan mengamalkannya maka Allah Taala akan meninggikannya dan memeberikan kejayaan. Jika tidak, maka dia akan melumpuhkan kakinya sendiri.Sunday, January 4, 2009
Gaza dan kita hari ini...

BANDAR RAYA GAZA: Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.
Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
"Kamu memasuki Gaza seperti tikus. Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.
Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba. Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.
Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.
Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.
Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.
Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.
Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut. - AP
"Hakikat sebenarnya ialah sehingga ke hari ini penyakit kita belum dikenal pasti (diagnos) secara sempurna. Beberapa perkara yang telah dinyatakan sebagai penyakit yang kononnya menyebabkan kejatuhan kita, bukanlah penyakit yang sebenar, tetapi hanyalah gejala sampingan. Oleh itu, selagi tumpuan tidak diberikan kepada penyakit yang sebenar serta rawatan unsur-unsurnya tidak dijalankan maka pemulihan ke atas gejala-gejala sampingan bukan sahaja tidak mungkin terlaksana malahan menjadi mustahil. Oleh itu, selagi kita tidak betul-betul mengenalpasti penyakit dan tidak mahu mengetahui cara rawatannya yang sebenar maka sebarang perbincangan untuk mengislahkan umat adalah satu kesilapan yang besar."
"Apabila umatku mementingkan dunia, dicabut daripada mereka kehebatan Islam. Apabila mereka meninggalkan al-amr bil-ma'ruf wan-nahyi 'anil-munkar, akan diluputkan daripada keberkatan Wahyu. Apabila umatku saling caci-mencaci, gugur mereka daripada pandangan Allah."(Bersumber daripada Abu Hurairah r.a. dinukilkan daripada Kitab Durril-Manthur hadis riwayat Al-Hakim At-Tirmizi; As-Sayuti juga menukilkannya di dalam Al-Jami'us-Soghir)

Wednesday, December 31, 2008
1 Muharam 1430H dan 1 Januari 2009M
Sama seperti manusia. Sebelum Allah menciptakan manusia, tidak ada makhluk yang bernama manusia. Tidak dikenal malah tidak disebut pun tentang makhluk manusia. Begitulah juga masa! Sebelum Allah menciptakan masa, tidak ada makhluk yang bernama masa. Lalu segala Hukum Masa tidak pernah dikenal dan berlaku.Apa sahaja masa dan tarikh yang disebut oleh kita, pada hakikatnya adalah simbol kepada masa. Dan dengan 'masa' inilah Allah Taala telah bersumpah, bahawa seluruh manusia itu berada dalam kerugian!

Seterusnya Imam Ibnu Khathir memberikan komentarnya, "Maka Allah Taala telah bersumpah dengannya (yakni masa), atas bahawasanya manusia itu dalam keadaan 'khusr', iaitu kerugian dan kebinasaan."
At-Tobari pula menyatakan, ayat ini menyatakan bahawa, "Seluruh anak Adam itu dalam keadaan kebinasaan dan kerugian".
Di dalam Tafsir Adwa-ul Bayaan oleh Asy-Syanqiti ditegaskan bahawa huruf 'alif-lam' pada perkataan 'insan' itu ialah "alif-lam lil-jinsi"yang memberikan makna perkataan insan itu meliputi makna semua manusia sama ada yang kafir atau yang beriman. Tantowi di dalam tafsir 'Al-Wasit'nya juga memberikan kesimpulan yang sama.
Allah, yang telah menciptakan masa, serta yang juga menciptakan manusia, telah bersumpah bahawa kita semua dalam keadaan kerugian dan kebinasaan sentiasa, melainkan kita berusaha untuk memiliki empat perkara:
1. iman;
2. amal soleh;
3. berpesan-pesan dengan 'kebenaran'; dan
4. berpesan-pesan dengan 'kesabaran'.
Imam At-Tobari menukilkan di dalam Tafsirnya bahawa Qatadah dan Al-Hasan menyatakan, makna 'al-haq' (kebenaran) di sini ialah Kitabullah yakni Al-Quran Al-Karim. Qatadah dan Al-Hasan juga menyatakan, makna 'as-sabr' (kesabaran) pula ialah ketaatan kepada Allah Taala.
Manakala pengarang Tafsir Adwa-ul-Bayaan pula menyimpulkan bahawa, makna 'berpesan-pesan dengan kebenaran' di sini seolah-olah sama dengan seruan 'saling ingat-mengingatkan atas Jalan Yang lurus dan beristiqamah di atasnya, sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al-Fatihah.
Imam Al-Fakhru ar-Raazi pula memberikan komentarnya bahawa, sesungguhnya Allah Taala apabila mengkhabarkan keadaan orang-rang yang terselamat daripada kerugian itu, dengan kejayaan mereka disebabkan amal soleh dan keimanan mereka; Allah menyatakan pula kepada mereka bahawa adalah tidak memadai dengan memiliki apa yang berkaitan dengan diri mereka sahaja, bahkan diambilkira juga apa yang berkaitan dengan diri orang lain, yakni dengan mengajak orang lain kepada perkara yang membawa kejayaan kepada mereka, atas batasan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., "Kasihilah kepada saudaramu, apa yang kau kasihi untuk diri kamu sendiri."
Jelas di sini, kejayaan dan keselamatan daripada kerugian dan kebinasaan di dunia dan akhirat ialah apabila kita benar berusaha atas iman kita, berusaha atas amalan soleh kita, saling mendakwahkan dan memberi peringatan agar berpegang dengan pengamalan agama yang sempurna dan saling mendakwahkan agar istiqamah dengan ketaatan.
Semoga tarikh 1 Muharram 1430H dan 1 Januari 2009M ini dapat mengingatkan kita, bahawa kemuliaan dan kejayaan kita ialah dalam agama, sejauhmana kita dapat taat perintah Allah, sebagaimana tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Dan dalam masa yang sama, kita juga mengingatkan saudara-saudara kita yang lain, tentang perkara ini.1 Muharam 1430H dan 1 Januari 2009M
Sama seperti manusia. Sebelum Allah menciptakan manusia, tidak ada makhluk yang bernama manusia. Tidak dikenal malah tidak disebut pun tentang makhluk manusia. Begitulah juga masa! Sebelum Allah menciptakan masa, tidak ada makhluk yang bernama masa. Lalu segala Hukum Masa tidak pernah dikenal dan berlaku.Apa sahaja masa dan tarikh yang disebut oleh kita, pada hakikatnya adalah simbol kepada masa. Dan dengan 'masa' inilah Allah Taala telah bersumpah, bahawa seluruh manusia itu berada dalam kerugian!

Seterusnya Imam Ibnu Khathir memberikan komentarnya, "Maka Allah Taala telah bersumpah dengannya (yakni masa), atas bahawasanya manusia itu dalam keadaan 'khusr', iaitu kerugian dan kebinasaan."
At-Tobari pula menyatakan, ayat ini menyatakan bahawa, "Seluruh anak Adam itu dalam keadaan kebinasaan dan kerugian".
Di dalam Tafsir Adwa-ul Bayaan oleh Asy-Syanqiti ditegaskan bahawa huruf 'alif-lam' pada perkataan 'insan' itu ialah "alif-lam lil-jinsi"yang memberikan makna perkataan insan itu meliputi makna semua manusia sama ada yang kafir atau yang beriman. Tantowi di dalam tafsir 'Al-Wasit'nya juga memberikan kesimpulan yang sama.
Allah, yang telah menciptakan masa, serta yang juga menciptakan manusia, telah bersumpah bahawa kita semua dalam keadaan kerugian dan kebinasaan sentiasa, melainkan kita berusaha untuk memiliki empat perkara:
1. iman;
2. amal soleh;
3. berpesan-pesan dengan 'kebenaran'; dan
4. berpesan-pesan dengan 'kesabaran'.
Imam At-Tobari menukilkan di dalam Tafsirnya bahawa Qatadah dan Al-Hasan menyatakan, makna 'al-haq' (kebenaran) di sini ialah Kitabullah yakni Al-Quran Al-Karim. Qatadah dan Al-Hasan juga menyatakan, makna 'as-sabr' (kesabaran) pula ialah ketaatan kepada Allah Taala.
Manakala pengarang Tafsir Adwa-ul-Bayaan pula menyimpulkan bahawa, makna 'berpesan-pesan dengan kebenaran' di sini seolah-olah sama dengan seruan 'saling ingat-mengingatkan atas Jalan Yang lurus dan beristiqamah di atasnya, sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al-Fatihah.
Imam Al-Fakhru ar-Raazi pula memberikan komentarnya bahawa, sesungguhnya Allah Taala apabila mengkhabarkan keadaan orang-rang yang terselamat daripada kerugian itu, dengan kejayaan mereka disebabkan amal soleh dan keimanan mereka; Allah menyatakan pula kepada mereka bahawa adalah tidak memadai dengan memiliki apa yang berkaitan dengan diri mereka sahaja, bahkan diambilkira juga apa yang berkaitan dengan diri orang lain, yakni dengan mengajak orang lain kepada perkara yang membawa kejayaan kepada mereka, atas batasan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., "Kasihilah kepada saudaramu, apa yang kau kasihi untuk diri kamu sendiri."
Jelas di sini, kejayaan dan keselamatan daripada kerugian dan kebinasaan di dunia dan akhirat ialah apabila kita benar berusaha atas iman kita, berusaha atas amalan soleh kita, saling mendakwahkan dan memberi peringatan agar berpegang dengan pengamalan agama yang sempurna dan saling mendakwahkan agar istiqamah dengan ketaatan.
Semoga tarikh 1 Muharram 1430H dan 1 Januari 2009M ini dapat mengingatkan kita, bahawa kemuliaan dan kejayaan kita ialah dalam agama, sejauhmana kita dapat taat perintah Allah, sebagaimana tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Dan dalam masa yang sama, kita juga mengingatkan saudara-saudara kita yang lain, tentang perkara ini.Sunday, December 14, 2008
Catatan di Cameron Highland 2008...
Setelah dapat menyambut Aidil Adha selama dua hari. Setelah habis-habisan dijamu dengan juadah daripada lembu korban, pada 10 Disember 2008 jam 11.30 pagi, saya dan keluarga mula bergerak meninggalkan rumah Abuji. Kami menuju dahulu ke rumah bapa saya untuk pamitan dan bersalam-salaman. Kemudian ke rumah nenek saya di Kg. Rupek, Kota Bharu. Ini adalah rutin wajib sebelum saya meninggalkan bumi Kelantan dan balik ke Putrajaya.Lebih kurang jam 12.00 tghr, kami mula keluar daripada batasan kampung saya dan bergerak menuju ke Gua Musang. Kali ini, saya tidak akan terus balik ke Putrajaya, kerana perlu ke Cameron Highland terlebih dahulu. Tujuan ke sana ialah untuk memenuhi jemputan Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk program Kursus Penyegaran Emosi AKRAM mereka. AKRAM ialah akronim untuk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia. Saya diminta berkongsi dengan para AKRAM tentang "Tafakkur Zihni". Setelah berhenti makan tengahari yang lewat di Gua Musang, kami meneruskan perjalanan melalui jalan Gua Musang - Lojing - Cameron Highland.
Akhirnya, sekitar pukul 7 mlm, kami tiba di Brinchang, Cameron Highland. Keesokannya pada sebelah pagi, ialah slot "Tafakkur Zihni". Saya benar-benar berharap, apa yang telah dikongsikan, akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para peserta.
Petangnya, saya membawa keluarga untuk menikmati keindahan dan suasana Cameron Highland. Kali terakhir kami ke sini, 'Ubaid masih lagi bayi. Kini umurnya 'dah pun mencecah 3 tahun. Kunjungan kami kali ini, giliran Itmi'nan pula sebagai bayi. Anak-anak nampaknya begitu teruja. Mereka meminta untuk ke Taman Agro Mardi di Tanah Rata. Mereka mahu tengok pokok dan buah epal di sana. Untuk tidak menghampakan, setelah makan tengahari di KFC Brinchang, kami semua berkejar ke Tanah Rata. Alhamdulillah, cuaca juga agak mesra hari itu, jadi dapatlah anak-anak saya memuaskan hati mereka dengan melawat dan mempelajari tentang flora dan fauna yang ada di Taman Agro Mardi tersebut. Hampir dua jam jugalah kami di sana.Seterusnya, kami bersetuju untuk minum teh di Tea Shop, Bharrat Plantation Tea, Ringlet. Bagaimanapun, agak hampa kerana teh tarik yang didamkan telah kehabisan.
"Macamana teh boleh habis kat ladang teh ni?", hati saya menyoal.
Bagaimanapun, saya telan sahajalah gumaman hati saya 'tu. Kami order minuman lain dan memesan kek keju strawberi. Sambil menikmati minum petang, kami menikmati sama pemandangan 'lautan' pokok teh yang menghijau dan 'beralun serta berombak'. Anak-anak nampaknya begitu 'terpikat' dengan pemandangan hijau yang hebat ini.
"Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau ciptakan ini semua dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami daripada api neraka.", terlintas maksud satu firman Allah. Semoga apa yang disaksikan ini, mendorong kami sekeluarga menjadi Ulul-Albab.
Indah dan hebatnya, bila bukit-bukau dijadikan bagai hamparan permaidani hijau yang saujana mata memandang. Betapa Allah telah hamparkan bumi ini untuk dimanfaatkan. Allah jugalah yang telah memberikan manusia kemampuan akal dan tenaga, untuk mengusahakan tanaman yang membentuk 'lautan hijau' yang hebat ini. Dan semua ini tidak akan dapat dirasai kehebatannya, jika tidak ada mata yang mampu melihatnya. Maha Suci Allah, yang telah menciptakan mata, dan meletakkan pada mata itu kemampuan untuk melihat. Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia!
Keesokannya, kami bertolak balik ke Putrajaya melalui jalan Cameron Highland (Kg. Raja) - Simpang Pulai. Dipertengahan jalan, sempat pula singgah di Kea Farm untuk membeli sedikit sayur-sayuran dan buah strawberi. Antara yang istimewa sedikit, ialah Teh Raja. Teh yang didakwa sebagai yang paling istimewa dan tersedap berbanding teh-teh lain. Seterusnya, singgah pula di Tea Shop, Bharrat Plantation Tea di bawah sedikit daripada Kg. Raja. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menikmati teh tarik di sana. Setelah bergambar seketika, kami meneruskan perjalanan menuju ke Simpang Pulai. Seterusnya, daripada Simpang Pulai terus menuju ke Putrajaya.