Sunday, August 17, 2008

MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT.

Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.

Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan. Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi.

Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.

Asas majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..

Mengapa perlu SOLUSI?

Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?

Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut 'persaingan'. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi 'persaingan'? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?

Jawabnya, tidak! Dari dimensi 'perkongsian', usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: "Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan." (Surah al-Maidah: 2) Malah 'perlumbaan' untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: "Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan."

Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.

SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.

Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model 'Mukmin profesional', yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti)." (Surah al-Qasas: 26)

Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) – tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) – sains, matematik, sejarah, geografi .

Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI! -

Mengapa nama SOLUSI?

Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam 'masthead' tersebut.

Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan. Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih 'kemelayuan' atau 'kearaban' tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.

Thursday, July 31, 2008

Luahan Kata Syaikh Dr. 'Aidh Al-Qarni

DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI adalah salah satu ulama muda terkenal di Arab Saudi. Penulis kelahiran 1379 H (1960 M) ini memiliki nama lengkap Dr. 'Aidh Abdullah bin 'Aidh al-Qarni dari keluarga Majdu' al-Qarni. Nama al-Qarni adalah penisbatan tempat kelahirannya, sebuah daerah di selatan Arab Saudi.

Perjalanan menjadi ulama'

Beliau menuntut di madrasah Ibtidaiyah Ali Salman, kemudian di Ma'had Ilmi. Beliau kemudiannya menamatkan program sarjana muda (Lc) pada tahun 1403H-1404H(dalam umur 24 tahun), sarjana (M.A.) dalam bidang Hadits Nabi tahun 1408 H(28 tahun) dengan tesis berjudul al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid'ah terhadap ilmu Dirayah dan Riwayah Hadits) dan doktor pada 1422H(42 tahun) dengan judul tesis "Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi" (Pengajjian dan Analisis Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Semuanya dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Su'ud, Riyadh.

Kehebatan Al-Qarni

Beliau menghafal Al-Qur'an (yang merupakan syarat mutlak sebagai mahasiswa di Saudi Arabia, pada umumnya) dan kitab Bulughul Maram, serta telah mengajarkan 5.000 hadith dan 10000 bait syair kuno dan moden. Sekitar 1.000-an judul kaset yang berisi ceramah agama, kuliah, serta kumpulan puisi dan syair karangannya telah diterbitkan.

Kelebihan Syaikh al-Qarni adalah beliau mendalami ilmu syariah dan dakwah dan juga mendalami ilmu tafsir seperti Ibnu Katsir, At-Thabari, al-Qurthubi, Zaadu al-Masiir Ibnul Jauzi, al-Kassyaf karya Az-Zamakhsyari, bahkan tafsir Fi Dzilalil Qur'an milik Sayyid Qutb.

Selain mendalami ilmu al-Qur'an, beliau juga mendalami ilmu hadith secara fokus. Dalam catatannya, Syaikh al-Qarni menyelesaikan pembahasan kitab Bulugh al-Maraam sebanyak lebih dari 50 kali. Beliau juga mengajarkan pengajian hadits Mukhtasharal-Bukhari, Mukhtashar Muslim, al-Muntakhab, al-Lu'lu wa al-Marjan danlainnya di berbagai masjid. Beliau juga mengajarkan ilmu aqidah,sirah dan fiqh dalam pengajiannya di pelbagai masjid.

(Sumber: http://arkofmylife.blogspot.com)

Friday, July 25, 2008

Nur Muthiratul Itmiknan

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah Azza Wa Jalla, dengan limpah kurnianya ahliya saya selamat melahirkan anakanda perempuan kami pada 23 Julai 2008 yang lalu.
Oh Allah, ku pohonkan kepada-Mu, dengan bertawajuh kepada Rahman dan Rahim-Mu, demi jahnya Rasul-Mu, Saiyidina Muhammad SAW:

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” [Al-Baqarah 2:128]

“…dan aku perlindungkan dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).” [Aali ‘Imran 3:36]

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” [Aali ‘Imran 3:38]

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” [Ibrahim 14:40-41]

“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa!” [Al-Furqan 25:74]

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” [Al-Ahqaf 46:15]

Semoga akhirnya, kami benar-benar mendapat rahmat-Mu, sehingga Kau tempatkan kami di laman keredhaan-Mu, “Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” [Ar-Ra’du 13:23-24]
Oh Allah, jadikanlah seluruh zuriatku hafiz / hafizah kitab-Mu, alim / alimah syariat-Mu, penghidup dan pembela sunnah Nabi-Mu, mujahid / mujahidah di Jalan-Mu, da'i / da'iyah kepada Mu... Ku adukan segalanya hanya kepada Mu!

Saturday, July 19, 2008

"Mula cakapkan!"

Allah SWT mengingatkan:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang betul, Allah akan islahkan kamu segala amalan kamu, dan Dia akan ampunkan kamu segala dosa-dosa kamu. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah berjaya dengan satu kejayaan yang amat besar.” (SurahAl-Ahzab 33:70-71)

Allah itu Maha Pemurah. Rahmat-Nya begitu luas. Allah telah meletakkan satu syarat yang mudah untuk hamba-hamba-Nya mendapatkan islah terhadap diri mereka dan amalan mereka. Begitu mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang. Allah hanya mahu kita mulakan dengan cakapkan perkara yang betul. Gunakanlah bahasa apa pun, hatta bahasa isyarat sekalipun, mula cakapkan percakapan yang betul. Melalui usaha yang begitu sederhana ini, tanggungjawab yang lainnya akan diuruskan oleh Allah sendiri.

Allah tidak kata, “Islahkanlah diri kamu dan amalan kamu!”

Maha Pemurah Allah SWT! Allah tidak bebankan pengislahan itu kepada kita, tetapi Allah hanya minta daripada kita untuk mulakan dengan percakapan yang betul, dan yang selebihnya, Allah yang akan uruskan.

Apabila Allah SWT sendiri yang berkata,
“Allah akan islahkan kamu segala amalan (baca: tindak-tanduk) kamu!”

Maka sememangnya tidak ada kesangsian lagi bahawa Allah Maha Kuasa melakukan segala sesuatu, dan amat mudah bagi Allah untuk mengislahkan hamba-hamba-Nya. Seterusnya, Allah Maha Tahu bagaimanakah cara untuk pengislahan itu dilakukan ke atas hamba-hamba-Nya.

Apa yang Allah mahu ialah sedikit komitmen daripada kita, iaitu: “Mula cakapkan!”

Bila kita mula dengan apa yang kita mampu, maka Allah-lah yang akan sempurnakan apa yang kita tidak mampu. Sebagai satu bonus kepada kita, Allah bukan sahaja akan islahkan diri kita, bahkan Allah akan ampunkan segala dosa dan salah-silap kita. Allahu Akbar! Maha Rahman dan Maha Rahim Allah kepada kita. Tambahan kepada limpahan kurniaan ini, Allah akan bagi taufik untuk kita mentaati Allah dan Rasul-Nya, seterusnya layak mencalonkan diri kita untuk meraih kejayaan yang besar. Kejayaan yang amat diharapkan oleh semua orang yang benar-benar beriman.

Kejayaan yang menyebabkan kita dapat bertemu dan memandang Allah SWT di dalam syurga. Bukankah Allah sendiri mengatakan, memasuki syurga itu adalah satu kejayaan yang besar? (Lihat Surah Aali ‘Imran 3:185)

Bahkan! Syurga itu benar-benar satu kejayaan yang besar. Syurga adalah tempat melimpah-ruahnya keredhaan Allah SWT kepada seseorang. Tempat di mana seorang hamba dapat menatap Tuhan yang amat dicintai dan dirinduinya. Tempat di mana Allah, melayan hamba-hamba-Nya dengan penuh keredhaan.

Nabi Muhammad SAW menyatakan, Allah berfirman di dalam satu hadis Qudsi, “Barangsiapa yang mendekati Aku sejengkal, Aku akan dekatinya sehasta…..” (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Alangkah indahnya gambaran ini! Allah itu benar-benar Maha Dekat dengan hamba-hamba-Nya.

Malah Allah menegaskan kepada Nabi Muhammad SAW, “Apabila hamba-Ku bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, (beritahulah) “Bahawasanya Aku itu sangat dekat, senantiasa menjawab permintaan (hamba-Ku) apabila dia memohon kepada-Ku!”” (Surah Al-Baqarah 2:186).

Malah Allah menyatakan lagi, “Sesungguhya Kami lebih dekat kepadanya, lebih daripada urat leher”. (Surah Qaf 50:16) “ Allah sentiasa bersama kamu” (Surah Al-Hadid 57:4).

Bila-bila masa kita boleh datang berjumpa Allah. Bila-bila masa, kita boleh datang bertemu Allah! Itulah solat!

Inilah percakapan tentang solat yang sepatutnya kita cakap-cakapkan. Betapa solat itu ialah untuk manfaat kita. Kita sangat memerlukan Allah, dan solat ialah satu wadah yang Allah sediakan untuk kita bertemu-Nya. Sebelum pertemuan teragung kita dengan Allah di dalam syurga-Nya.

Kita sangat perlukan solat. Jasmani kita perlukan solat. Minda kita perlukan solat. Emosi kita perlukan solat. Roh kita perlukan solat. Pendek kata, jiwa dan raga kita semuanya amat perlukan solat. Kenapa? Sebabnya amat mudah dan jelas, kerana jiwa dan raga kita amat memerlukan Allah dan jalan untuk kita bertemu Allah ialah solat!

Benarlah seruan Nabi Muhammad SAW kepada Bilal RA apabila berkata, “Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat!” (Riwayat Imam Ahmad)