Menjadi seorang kekasih, ia memerlukan bukti. Sekadar kata-kata, pengakuan yang diberikan akan menjadi kabur. Ia memerlukan satu piawai yang baku sebagai ukuran kebenarannya. Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya telah membawakan catatan sejarah, bahawa sebagai menjawab kepada beberapa kelompok manusia yang mendakwa bahawa mereka mencintai Allah, maka Allah telah mewahyukan firmanNya: (mafhumnya) [ Katakanlah (wahai Muhammad)!: "Sekiranya kamu benar-benar mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah (itu) Maha Pengampun lagi Maha Pengasih". Katakanlah (lagi wahai Muhammad)!: "Taatlah kamu kepada Allah dan juga Rasul!"; sekiranya mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir.] Q3:31-32 Saturday, June 7, 2008
Imbauan Tinta
Menjadi seorang kekasih, ia memerlukan bukti. Sekadar kata-kata, pengakuan yang diberikan akan menjadi kabur. Ia memerlukan satu piawai yang baku sebagai ukuran kebenarannya. Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya telah membawakan catatan sejarah, bahawa sebagai menjawab kepada beberapa kelompok manusia yang mendakwa bahawa mereka mencintai Allah, maka Allah telah mewahyukan firmanNya: (mafhumnya) [ Katakanlah (wahai Muhammad)!: "Sekiranya kamu benar-benar mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah (itu) Maha Pengampun lagi Maha Pengasih". Katakanlah (lagi wahai Muhammad)!: "Taatlah kamu kepada Allah dan juga Rasul!"; sekiranya mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir.] Q3:31-32 Imbauan Tinta
Menjadi seorang kekasih, ia memerlukan bukti. Sekadar kata-kata, pengakuan yang diberikan akan menjadi kabur. Ia memerlukan satu piawai yang baku sebagai ukuran kebenarannya. Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya telah membawakan catatan sejarah, bahawa sebagai menjawab kepada beberapa kelompok manusia yang mendakwa bahawa mereka mencintai Allah, maka Allah telah mewahyukan firmanNya: (mafhumnya) [ Katakanlah (wahai Muhammad)!: "Sekiranya kamu benar-benar mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah (itu) Maha Pengampun lagi Maha Pengasih". Katakanlah (lagi wahai Muhammad)!: "Taatlah kamu kepada Allah dan juga Rasul!"; sekiranya mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir.] Q3:31-32 Thursday, June 5, 2008
Umat ini dan Masjid...

Bagaimanapun, kemuliaan ini adalah kemuliaan bersyarat. Gelaran ini hanya akan kekal, apabila syarat yang melazimkannya itu kekal pada umat. Umat ini akan kekal mulia, selagi mana mereka memenuhi syarat-syarat yang berikut, iaitu: hakikat iman, usaha meningkatkan iman dan usaha meyebarkan iman. (Aali ‘Imran [3]: 110) Allah berfirman, “Sesungguhnya Al-‘Izzah (kemuliaan) itu hanyalah untuk Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.” (Al-Munafiquun [63]: 8). Firman Allah Taala lagi, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa dukacita, kamulah yang tetap tinggi (dan mulia) sekiranya kamu benar-benar beriman.” (Aali ‘Imran [3]: 139) Dalam firman-Nya yang lain dinyatakan, “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu…” (Al-Maidah [4]: 136) Di sini ada gesaan kepada orang-orang yang sudah punya iman, agar mempertingkat dan memperteguhkan lagi iman mereka. Allah berfirman, “Dan hendaklah ada sebahagian daripada kamu satu umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala yang makruf (baik) serta melarang daripada segala mungkar (salah, buruk dan keji). Dan mereka itulah (yakni orang-orang yang menjalankan usaha dakwah, amar makruf dan nahyi mungkar) orang-orang yang berjaya!” (Aali ‘Imran [3]: 104) Syaikh Muhammad Abu Zahrah di dalam bukunya Kitab Ad-Dakwah ilal-Islam, semasa memberikan komentarnya kepada ayat ini menyatakan, “Perkataan ( min ) yang bermaksud ‘daripada’ di dalam ayat ini boleh diertikan (secara nahunya) sebagai ( min bayaniah ) atau “( min ) penerangan”; jika demikian, ayat ini hendaklah difahamkan sebagai, “Dan hendaklah kamu semua – wahai keseluruhan kaum muslimin – menjadi satu umat yang semuanya berfungsi sebagai pendakwah kepada kebaikan, penyuruh dengan perkara makruf dan pencegah daripada perkara mungkar.” Intaha.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sebaik-baik manusia ialah pada kurunku, kemudian kurun yang sesudah mereka, kemudian kurun yang sesudah mereka...” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim) Sebahagian ulamak memberikan pengertian kurun di sini dengan makna generasi, manakala sebahagiannya pula dengan makna yang zahir, iaitu tempoh masa satu abad. Daripada sabdaan suci ini, jelas bahawa tiga ratus tahun yang pertama atau tiga lapisan generasi yang pertama dalam sejarah kemunculan umat ini, ia adalah sebaik-baik zaman yang telah diberikan pujian terlebih awal oleh Sodiqul-Masduq (Seorang Yang Benar lagi Dibenarkan) iaitu Rasulullah s.a.w. sendiri. Sekiranya kita benar-benar berusaha meneliti keadaan Zaman Yang Dipuji ini, sudah pasti kita semua bersetuju bahawa antara ciri zahir yang menjadi jati diri warga Zaman ini ialah masjid-masjid yang telah dimakmurkan dengan sebenar-benar pemakmuran. Masjid-masjid telah benar-benar berfungsi sepanjang 24 jam setiap hari sebagai gedung rahmat dan nur keimanan, medan pembinaan dan peningkatan iman serta markaz di mana tersebarnya iman.

Wednesday, June 4, 2008
SEKADAR RENUNGAN
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
لإيلـف قريش
1
Kerana kebiasaan (aman tenteram dan perjanjian damai) kaum Quraisy
إىلـــفهم رحلة الشتآء و الصيف
2
(iaitu) kebiasaan (aman tenteram dan perjanjian damai) mereka (dalam) perjalanan (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk dan pada musim panas,
فليعبدوا رب هذا البيت
3
Maka hendaklah mereka semua menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Ka’abah) ini,
الذى أطعمهم من جوع وءامنهم من خوف
4
Tuhan yang memberi mereka makanan untuk menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan.
RENUNGAN:
Surah ini berbeza pendapat di kalangan ulamak Qurra’ umat. Ada yang berpendapat surah ini ialah sebahagian dari surah Al-Fiil, iaitu surah Quraisy ini dan surah Al-Fiil adalah satu surah, bukan dua surah yang terpisah. Manakala sebahagiannya pula menyatakan bahawa dua surah ini ialah dua surah yang berasingan. Hal ini ada disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dan Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsir mereka. Bagaimanapun, perhubungan dua surah ini dari segi makna dan maksud kandungannya, adalah amat jelas sekali[1].
Imam Ibnu Kathir menukilkan satu riwayat yang amat menarik tentang surah ini yang secara langsungnya juga menceritakan tentang kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum Quraisy.
(عن سَعِيد بْن عَمْرو بْن جَعْدَة بْن هُبَيْرَة عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدَّته أُمّ هَانِئ بِنْت أَبِي طَالِب أَنَّ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ " فَضَّلَ اللَّه قُرَيْشًا بِسَبْعِ خِلَال : أَنِّي مِنْهُمْ وَأَنَّ النُّبُوَّة فِيهِمْ وَالْحِجَابَة وَالسِّقَايَة فِيهِمْ وَأَنَّ اللَّه نَصَرَهُمْ عَلَى الْفِيل وَأَنَّهُمْ عَبَدُوا اللَّه عَزَّ وَجَلَّ عَشْر سِنِينَ لا َ يَعْبُدهُ غَيْرهمْ وَأَنَّ اللَّه أَنْزَلَ فِيهِمْ سُورَة مِنْ الْقُرْآن - ثُمَّ تَلَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - " بِسْمِ اللَّه الرَّحْمَن الرَّحِيم لِإِيلَافِ قُرَيْش إِيلَافهمْ رِحْلَة الشِّتَاء وَالصَّيْف فَلْيَعْبُدُوا رَبّ هَذَا الْبَيْت الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوع وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْف " ) (أخرجه الْبَيْهَقِيّ فِي كِتَاب الْخِلَافِيَّات)
[ Daripada Sa’id ibn ‘Amr ibn Ja’dah ibn Hubairah daripada ayahnya daripada neneknya Ummu Hani’ binti Abi Talib, bahawasanya Rasulullah (sallalLahu 'alaihi wa sallam) telah bersabda, “Allah telah memuliakan kaum Quraisy dengan tujuh perkara, iaitu: Aku daripada kalangan mereka, dan sesungguhnya Kenabian di kalangan mereka, al-hijabah, al-siqayah milik mereka, Allah telah membantu mereka mengatasi Tentera Bergajah, dan mereka menyembah Allah selama sepuluh tahun yang mana (dalam tempoh itu) tidak ada orang lain yang menyembah Allah, dan Allah telah turunkan satu surah dalam Al-Quran mengenai mereka”, lalu Rasulullah (sallalLahu 'alaihi wa sallam) telah menbacakan ayat ini:
" بِسْمِ اللَّه الرَّحْمَن الرَّحِيم لِإِيلَافِ قُرَيْش إِيلَافهمْ رِحْلَة الشِّتَاء وَالصَّيْف فَلْيَعْبُدُوا رَبّ هَذَا الْبَيْت الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوع وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْف "[
Surah ini mengingatkan masyarakat Quraisy yang merupakan medan pertama usaha dakwah Rasulullah (sallalLahu 'alaihi wa sallam), betapa banyak nikmat Allah kepada mereka.
Maulana Abdullah Yusuf Ali memberikan ulasannya berkenaan nikmat Allah kepada kaum Quraisy ini, “Golongan Quraisy merupakan golongan dan kabilah yang paling mulia dalam kalangan di Semenanjung Arab, iaitu kabilah yang Nabi (sallalLahu 'alaihi wa sallam) sendiri datang daripadanya. Mereka it menjadi penjaga-penjaga bangunan Ka’abah, pusat ibadat seluruh Semenanjung Arab, dan kedudukan mereka sebagai golongan yang memiliki Kota Makkah, mendatangkan tiga faedah untuk mereka: (1) mereka mempunyai pengaruh yang kuat menentukan (dalam kehidupan bangsa Arab – p.) selain faedah-faedah lainnya; (2) kedudukan Kota Makkah yang strategik serta mempunyai kemudahan-kemudahan perhubungan dan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan dan kemuliaan atau kedua-duanya sekali; (3) kawasan Makkah itu mengikut kebiasaan turum-temurun Arab merupakan kawasan aman tenteram daripada gangguan-gangguan peperangan, dan perkelahian-perkelahian diri yang khusus, maka dengan itu mereka mempunyai kedudukan yang teguh aman, sunyi daripada takutkan bahaya. Kemuliaan dan faedah ini mereka dapati kerana kedudukan mereka sebagai orang-orang yang berkhidmat terhadap bangunan Suci Ka’abah itu. Mereka mendapat itu semua dari kurnia Tuhan. Maka bukankah layak dan patut bahawa mereka menyembah Tuhan Yang Esa Yang Sebenar-Nya, serta mendengar Risalah Ajaran-Nya tentang Tauhid dan Kesucian dan Kemurniaan, yang dibawa oleh Nabi-Nya?
Pada masa dahulu itu, yang secara amnya keadaan adalah tidak aman dan berbahaya, maka kedudukan mereka sebagai penjaga-penjaga Makkah membolehkan mereka mendapat janji-janji supaya mendapat keamanan tidak diganggu dan terselamat daripada pemerintah negeri-negeri yang berjiran dengannya pada semua pihak – Syria, Parsi, Yaman, dan Habshah – yang memberi perlindungan kepada mereka dalam perjalanan-perjalanan untuk perniagaan mereka dalam semua musim (iaitu musim sejuk dan panas – p.)
...Oleh kerana perjalanan-perjalanan untuk perniagaan mereka ke negeri Yaman pada musim sejuk dan ke wilayah-wilayah yang lebih sejuk di Syria itu, dan juga bahagian-bahagian uatara pada musim panas, maka orang-orang Quraisy itu menjadi pengembara-pengembara dan pedagang-pedagang yang cukup terlatih, yang terdapat banyak pengetahuan berkenaan dengan dunia dan beberapa bidang kemahiran dala hidup ini, serta mereka menyempurnakan bahasa mereka menjadi sebagai alat melafazkan sastera yang sungguh dugilap sedemikian sempurna.
Kafilah-kafilah perniagaan mereka menyebabkan mereka menjadi kaum yang kaya raya, dan menjadikan orang-orang dari negeri yang jauh datang kepada mereka untuk melawat Kota Makkah (khususnya Ka’abah yang suci itu sebagai pusat ibadah – p.), dan membawa kepada barang-barang perniagaan dan juga hadiah-hadiah ke sana.”[2]
Surah ini dengan jelas mengandungi dua bahagian mesejnya, iaitu: (1) Allah mengingatkan mereka tentang nikmat-nikmat Allah yang amat banyak dan melimpah ruah kepada mereka; dan (2) oleh itu hendaklah mereka beriman kepada Tuhan yang telah memuliakan mereka dengan nikmat-nikmat itu dan mereka hendaklah hanya menyembah kepada-Nya.
Jadi, apakah relevannya surah ini kepada kita yang hidup 1400 tahun lebih selepas pewahyuan surah ini; yang tinggal beribu-ribu batu dari tanah Semenanjung Arab ini? Bahkan, apakah tuntutan surah ini kepada seluruh umat hingga hari diangkatnya Al-Quran daripada mushaf-mushaf sebelum menjelangnya hari Kiamat?
Pelajaran pertama yang dapat kita fahami ialah, ajaran adab kita sebagai makhluk dengan Penciptanya. Melalui surah ini, Allah telah memperingatkan nikmat-nikmat-Nya yang begitu besar kepada penduduk-peduduk Kota Mekah. Mekah yang asalnya hanya sebuah lembah yang kontang. Yang hanya diliputi pasir, batu-batu dan bukit-bukit pejal. Sebuah lembah yang gersang fizikalnya, namun sebagai tanda kekuasaan Allah, daripada sebuah lembah yang tidak ada sebarang sumber ketamadunan dan daya tarikan untuk manusia mengasaskan kehidupan di situ, Allah telah memberkati lembah gersang ini, yang akhirnya menjadi satu lembah yang paling makmur dan menarik dari segi kerohaniannya.
Mekah adalah sebuah kota yang menjadi sumber kemuliaan pula kepada penduduknya. Sebuah kota yang menjadi sanjungan insan sejagat. Sebuah kota yang begitu dicintai oleh orang-orang Arab dan Ajam, timur dan barat, jauh dan dekat. Sebuah kota yang menjadi tumpuan dan kerinduan setiap insan yang beriman. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan Yang Maha Melakukan apa saja yang Dia Kehendaki.
Apa yang Allah kehendaki, itulah yang akan terjadi. Dan apa yang Allah tidak kehendaki terjadi, pasti sama sekali tidak akan terjadi. Begitulah kehendak Allah, walaupun yang ada hanyalah pasir, batu dan bukit-bukit pejal; tetapi Allah berkati bumi Mekah dengan segala sumber kehidupan dan kemuliaan.
Di tanah gersang ini ialah Ka’abah. Lalu Allah jadikan sanjungan dan kemuliaan kepada penduduk Mekah di dalam hati bangsa Arab yang lainnya. Lalu tanah yang gersang ini, senantiasa dipenuhi oleh limpahan buah-buahan dari segenap penjuru alam. Senantiasa makmur dengan kunjungan manusia-manusia lainnya. Akhirnya berkembang maju pula perdagangan dan perniagaan. Lalu, melihat kepada kurniaan dan keajaiban ini, masihkah kamu sekalian tidak mengenal akan kebesaran dan kehebatan Allah Ta’ala? Maka, sahutlah seruan ini: [Maka hendaklah mereka semua menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Ka’abah) ini!]
Seterusnya, surah ini telah membentuk satu gambaran betapa Allah telah menzahirkan kehebatan-Nya dan kekuasaan-Nya. Bahkan, kehebatan gambaran ini masih kekal hidup dan berkembang sehingga hari ini. Sebagaimana yang dapat dilihat kepada Kota Mekah hingga ke hari ini. Sesungguhnya, ia satu pelajaran keimanan yang amat besar untuk kita. Keimanan kita dipasak dengan satu hakikat, bahawa yang boleh melakukan segala sesuatu hanya Allah. Dan Allah adalah satu-satunya sumber segala sesuatu. Dia adalah Asal Segala Sumber! Dan Allah, dengan penuh sifat Rahman dan Rahim-Nya telah menunjukkan betapa kurniaannya senantiasa melimpah ruah. Manfaat dan mudarat hanya milik Allah. Kemuliaan dan kehinaan segalanya di tangan Allah.
( قـُل ِالـَّـلـهُمَّ مَالِكَ المُلـْكِ تـُؤْتِى الـْمـُلـْكَ مَنْ تـَشَآءُ وَ تـَنـْزِعُ المُـلـْكَ مِمَّن تـَشـَآءُ وَ تـُعِزُّ مَن تـَشَـآءُ وَ تـُذِلُّ مَن تـَشـَآءُ بـِيَدِكَ الْخـَيْرُ إنـَّكَ عَلـَى كُلِّ شَيْءٍ قـَدِيرٌ)
[ Katakanlah: “Wahai Tuhan yang Mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di Tangan-Mu jualah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau, atas segala sesuatu itu Maha Kuasa. ] (Surah Aali ‘Imran 3: 26)
Benar! Hanya Allah-lah yang menentukan segala sesuatu. Maka salah satu contoh nyata ialah keadaan Kota Mekah dan penduduknya sejak zaman berzaman. Sesungguhnya, Allah-lah tempat bergantung segala sesuatu dan segala urusan, Dia-lah As-Somad, Tempat Tumpuan Segala Sesuatu! Dia-lah Allah. Maka sembahlah hanya Allah, semata-mata kepada-Nya!
Surah ini begitu pendek, tetapi pengajaran kandungannya begitu besar. Surah ini benar-benar mengajar kita, bahawa kita perlu letak keyakinan yang sempurna kepada Allah, dan hanya kepada Allah. Kita putuskan segala hubungan, ikatan dan keyakinan kepada yang lain daripada Allah; dan letakkan di dalam hati hanya kebesaran Allah Azza Wa Jalla. Renungkan dan fikirkanlah!
[1] Tafsir Ibnu Kathir, www.al-islam.com.
[2] Maulana Abdullah Yusuf Ali (Abu Salah Muhammad Uthman El-Muhammady – pent.), Al-Quranu L-Karim: Terjemahan dan huraian maksud, Jilid 5, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2001, hlm. 3351-3352.

Monday, May 26, 2008
Perjalanan

"Loyii.. Loyii.. Loyi ecarnya.. Teta loyi!", tempiknya bila lihat lori yang bawa banyak kereta perodua. Bersusun--susun.
Kami sampai di Merapoh lebih kurang pada jam 12 tengah malam. Hak perut perlu ditunaikan. Berhenti di satu warong di tepi jalan. Menu rezeki yang Allah izinkan malam ni ialah nasi putih, gulai ikan kering kerongan (cencaru), ikan tamban masin dan sedikit sayur. Maha Besar Allah, daripada benda-benda yang 'tak sedap, bila dimasak dan dimakan bersama, Allah bagi jadi sedap.
Meneruskan perjalanan, kami sampai di Gua Musang jam 1 pagi. Kami terus ke Fully Inn, memang selalunya kami menginap di sana. Sampai di Fully Inn, dimaklumkan semua bilik 'dah penuh.
"Ha 'tu lah... Yakin sangat dengan makhluk. Lupa 'nak minta dengan Allah dulu. Oh Allah! Permudahkanlah urusan kami!", kata hati saya.
Kami menuju ke Kesedar Inn pula. Sama juga. Bilik 'dah penuh.
"Aik.. Apa 'dah jadi kat Gua Musang 'ni?", getus hati saya. "Ya Allah, bantulah kami!"
Kami cuba telefon Hotel Usaha pula. Hotel Usaha 'ni juga salah satu yang biasa kami menginap. Cuma masalahnya, hotel 'ni 'tak ada lif. Itu yang prioritynya jatuh sikit. Mula-mula dimaklumkan, bilik semua penuh.
"Ya Allah! Ya Allah!", hati saya bertawajuh. "Ya Allah, Kau kuasa. Makhluk 'tak ada kuasa."
Baru saya 'nak bagi salam. Tiba-tiba terdengar pertanyaan, "Encik berapa orang?"
"Kami satu keluarga." Jawab saya.
"Kami ada satu bilik yang RM100. Boleh ke?" Tawar hotel.
"Alhamdulillah! Oh Allah, maha benar, Engkau lah tempat bergantung segala sesuatu!"
"OK, saya ambillah bilik 'tu!", segera saya bersetuju.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat akhirnya kami bermalam.
Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan lagi... Ada lebih kurang 200KM lagi di hadapan kami.. Semoga perjalanan kami ini adalah perjalanan yang dapat menghidupkan hati kami.
Bukankah Allah SWT telah berfirman:
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, agar (melalui perjalanan itu)mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami; atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada!"(Surah Al-Hajj 22:46)