Friday, January 23, 2009
Abah... Amat berat perpisahan ini!
Abah... Amat berat perpisahan ini!
Thursday, January 15, 2009
Sebak Seorang Putera Raja...
(Yusuf 12:86)
Sebak Seorang Putera Raja...
(Yusuf 12:86)
'Sembang-sembang hijrah' di SMK CBN
Semoga 'sembang-sembang hijrah' saya dapat diterima oleh adik-adik di CBN. Dan semoga Allah terima majlis kami tadi, untuk menjadi sumber kemuliaan kami di akhirat nanti.
"Oh Allah! Janganlah hampakan kami..."

Tuesday, January 13, 2009
Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia
Hari ini, saya menghadiri satu majlis yang besar. Bagi diri saya yang faqir, majlis itu amat besar ertinya. Majlis yang saya maksudkan itu ialah Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Muktamar ini berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Saya melihat, muktamar MAIM ini sebagai satu petanda, betapa kita umat Islam di Malaysia ini semakin mendekati rahmat Allah s.w.t. yang amat istimewa.
Kenapa? Ini disebabkan, MAIM ini ialah gabungan NGO-NGO Islam yang cuba melampaui sebarang sempadan daerah, negeri, bahasa, bangsa, pendekatan dan fikrah; lalu duduk sesama mereka dengan satu fikir, iaitu bagaimana mereka dapat berikan yang terbaik untuk agama Allah ini. Inilah yang saya impikan sekian lama.
Walaupun kita mempunyai pelbagai persatuan, pertubuhan dan jamaah; tetapi jangan sesekali kita melupakan bahawa kita adalah ummah. Kita hanyalah umat kepada Rasulullah s.a.w.! Jangan kita jadikan persatuan, pertubuhan, jamaah, kaum, bahasa dan bangsa kita sebagai sebab untuk kita menyembelih ummah ini!
“Sesiapa yang menganggap bahawa dia berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah, dan orang lain berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah yang lain, maka dia seolah-olah telah menyembelih ummat ini, menghancur-leburkan serta merosakkan hasil usaha baginda Rasulullah saw. dan para Sahabat r.anhum. Apabila berasing-asingan dan berpecah-belah, kita sendiri telah menyembelih ummat ini terlebih dahulu. Yahudi dan Nasrani hanya mengerat ummat ini yang sudah tersembelih. Sekiranya orang-orang Islam, hari ini menjadi ummat semula, maka semua kekuatan di seluruh dunia sekalipun, tidak boleh menggerakkan walaupun sehelai bulu roma ummat ini.”
Sahabat saya, Tn Hj Yusri yang juga merupakan Presiden ABIM semasa membentangkan kertas kerja beliau mengingatkan, “Kita tidak boleh hanya mahu gah tentang membincangkan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Islam dan umatnya, tetapi bila tiba pada tahap menyelesaikannya, kita tidak serius…”
Amal Islami ertinya segala kerja dan usaha yang kita lakukan untuk agama Allah. Ada kerja yang khusus, ada kerja yang umum. Ada usaha yang hanya untuk orang-orang tertentu, ada usaha yang dituntut ke atas seluruh ummah! Bukan semua orang mampu dan layak untuk membentangkan kertas kerja dalam satu muktamar peringkat kebangsaan; tetapi semua orang mampu untuk berziarah menghubungkan silaturahim sesama umat Islam.
Asasnya, Allah minta daripada kita untuk menggunakan seluruh potensi diri dan harta kita untuk agama Allah. Renungkanlah firman Allah ini:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘And’. Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”
(As-Sof 61: 10 – 13)
Setelah itu, Allah menyeru kita semua agar menjadi Ansarullah! Firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama)
Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.”(As-Sof 61: 14)
Adakah kita semua sedia menyahut seruan Allah ini?

Monday, January 12, 2009
Perasaan Ummat...
Perasaan Ummat...
Sunday, January 4, 2009
Gaza dan kita hari ini...
BANDAR RAYA GAZA: Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.
Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
"Kamu memasuki Gaza seperti tikus. Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.
Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba. Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.
Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.
Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.
Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.
Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.
Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut. - AP
"Hakikat sebenarnya ialah sehingga ke hari ini penyakit kita belum dikenal pasti (diagnos) secara sempurna. Beberapa perkara yang telah dinyatakan sebagai penyakit yang kononnya menyebabkan kejatuhan kita, bukanlah penyakit yang sebenar, tetapi hanyalah gejala sampingan. Oleh itu, selagi tumpuan tidak diberikan kepada penyakit yang sebenar serta rawatan unsur-unsurnya tidak dijalankan maka pemulihan ke atas gejala-gejala sampingan bukan sahaja tidak mungkin terlaksana malahan menjadi mustahil. Oleh itu, selagi kita tidak betul-betul mengenalpasti penyakit dan tidak mahu mengetahui cara rawatannya yang sebenar maka sebarang perbincangan untuk mengislahkan umat adalah satu kesilapan yang besar."
"Apabila umatku mementingkan dunia, dicabut daripada mereka kehebatan Islam. Apabila mereka meninggalkan al-amr bil-ma'ruf wan-nahyi 'anil-munkar, akan diluputkan daripada keberkatan Wahyu. Apabila umatku saling caci-mencaci, gugur mereka daripada pandangan Allah."(Bersumber daripada Abu Hurairah r.a. dinukilkan daripada Kitab Durril-Manthur hadis riwayat Al-Hakim At-Tirmizi; As-Sayuti juga menukilkannya di dalam Al-Jami'us-Soghir)