Sunday, August 31, 2008
1 Ramadhan 1429H
1 Ramadhan 1429H
Saturday, August 30, 2008
31 Ogos 2008
31 Ogos 2008 juga adalah tarikh yang amat penting untuk kaum Muslimin di Tanah Melayu ini.
Tatkala senja melabuhkan tirainya, maka tersingkaplah kerahmatan yang paling besar bagi tahun ini. Ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183) (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185) Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186) Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa. / (187) Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (188) [ Al-Baqarah 2:183-188 ]
Rasulullah SAW pernah menyatakan kepada para Sahabat Baginda pada hari terakhir bulan Sya'ban, "Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya bertarawih sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat, maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain; manakala sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan yang lain.

Tuesday, August 26, 2008
SUMPAH...
Allah menurunkan Al-Quran adalah sebagai 'huda' (petunjuk) kepada orang yang bertakwa. Semoga kita masih punya takwa, biar bagaimana pun tahap takwa itu, agar kita sentiasa layak mendapat petunjuk daripada Kitab Petunjuk Ilahi ini.
Lafaz Sumpah Hanya Selepas Proses Perundangan, Kata Majlis Fatwa Kebangsaan

Saturday, August 23, 2008
MLM: YANG HALAL DAN YANG HARAM
Oleh: Ust. Ahmad Adnan Fadzil
(Dipetik dari blog Soal-Jawab Agama; http://ilmudanulamak.blogspot.com, kendalian Ust. Ahmad Adnan Fadzil)
Soalan: Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?
- ( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
- (b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
- (c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
- (d) Mengurangi timbangan

Sunday, August 17, 2008
MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT.
Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.
Jawabnya, tidak! Dari dimensi 'perkongsian', usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: "Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan." (Surah al-Maidah: 2) Malah 'perlumbaan' untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: "Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan."
Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.
SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.
Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model 'Mukmin profesional', yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti)." (Surah al-Qasas: 26)
Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI! -
Mengapa nama SOLUSI?
Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam 'masthead' tersebut.
Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan. Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih 'kemelayuan' atau 'kearaban' tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.